
Assalammualaikum w.b.t | Sempoa Kaedah Pengiraan Kian Pupus | Tidak ramai yang kini menggunakan Sempoa sebagai salah satu alat pengiraan dalam Matematik. Kini moden hanya menggunakan Kalkulator dengan pelbagai fungsi dan kegunaan. Sempoa makin dilupakan dan makin pupus tetapi ianya menjadi alat mainan kanak-kanak.

Sempoa Kaedah Pengiraan Kian Pupus
Sempoa zaman dahulu diperbuat daripada kayu untuk memudahkan pedagang China menjalankan penggiraan. Dari mana asal Sempoa ni? Mrsyanie pun mulakan pencarian. Sempoa atau nama lainnya Abakus yang merupakan alat pengiraan. Ianya digunakan oleh pedagang dan kerani di China, Jepun, Afrika dan negara-negara yang lain sewaktu ketika dahulu dalam urusan pengiraan. Untuk maklumat lanjut tenatng sejarah Sempoa korang boleh layari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sempoa
Sejarah Alat Kira-kira Sempoa
Unutk Sempoa mempunyai koral dan setiapnya memiliki sejumlah manik-manik yang dapat digeser secara horizontal atau keatas-bawah. Terdapat beberapa jenis yang agak popular, antaranya soroban (abakus Jepun) dan suanpan (abakus Tiongkok).
Ya sekarang jarang kita nak jumpa orang menggunakan Sempoa untuk penggiraan dalam urusniaga kedai mahupun pembelajaran. Tetapi Mrsyanie ada terjumpa seorang Pakcik Cina yang menggunakan Sempoa dalam urusniaga kedainya. Sangat menarik kerana cepat pakcik ni menggunakannya. Ingat lagi zaman sekolah Mrsyanie, semangat beli Sempoa nak guna tetapi akhirnya tak mahir pun. Beli Kalkulator terus hihi.


Sempoa Kaedah Pengiraan diperbaharui
Kini ada jugak masih dijual alat kira-kira Sempoa ini, tapi diberikan nafas baru dengan diwarnakan agar lebih menarik untuk kanak-kanak belajarnya. Malah ada juga yang diperbuat daripada plastik dan harganya lebih murah.
Menarik Sempoa ini kita dapat belajar asas matematik dan bukan sahaja untuk pengiraan tetapi ianya juga membantu dalam proses pemfokusan yang lebih tinggi.
Baca: Cara penggunaan Sempoa

Jarang dah dapat jumpa Sempoa dalam kehidupana harian. Kini segalanya pantas berlalu, mungkin masih ada yang mengekalkan kaedah ini samada disekolah untuk proses pembelajaran tetapi mungkin tidak semua sekolah mengajarnya kerana semuanya berasaskan teknologi.
Till Next Entry ye!!!
sekarang ni semua pakai kalkulator jer…. kannn?
betul tu kakFarah.. Tak ada yang guna Sempoa ni..pakcik cina tu je yang Yanie jumpa..hihi
Nak juga belajar sempoa ni. Macam menarik je. Selalu tengok kedai ubat cina guna sempoa untuk kira duit.
Teringin juga nak belajar pakai sempoa ni. Macam menarik je tengok tauke kedai ubat cina selalu duk guna sempoa ni.
pernah juga belajar tapi tak pandai2 juga hehe