Aktiviti Menarik di Aeon Shah Alam, Rocky Basecamp dan Air On Park

Assalamualaikum w.b.t

MamaBabyFH Bonding Time | Teruja sangat nak kongsikan dengan korang aktiviti pertama tanpa peneman yang Mamayanie jalankan bersama Babyfh tau. Kali ini Mamayanie bawa Babyfh ke Aeon Shah Alam, katanya ada pusat aktiviti buat keluarga. Kiranya ini bonding time kami berdua gitu. Rocky Basecamp dan Air On Park menjadi pilihan lokasi bonding time kami.

Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam


Kalau sebut pasal Aeon Mall je mesti korang ingat tempat beli-belah, makan-makan dan kalau aktiviti pun macam pusat karoake jew kan. Ha ini yang lebih menariknya di Aeon Mall Shah Alam bukan sahaja korang boleh santai malah korang boleh jalankan aktiviti indoor bersama keluarga tau. Kan lebih berfaedah dari berjalan cuci mata jew. hihi

Aktiviti indoor di Aeon Mall Shah Alam ini terbahagi kepada 2 bahagian yang korang boleh lakukan iaitu Rocky Basecamp dan Air On Park. Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam terletak betul dalam mall tau dan iainya merupakan salah satu aktiviti indoor yang menarik untuk dijalankan bersama keluarga.

Ianya mempunyai bahagian mainan yang mana sesuai untuk seisi keluarga. Aktiviti yang disediakan bukan sahaja seperti pusat mainan biasa malah terdapat juga aktiviti ekstrem yang selamat dijalankan untuk semua.

Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam
Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam

Lebih teruja, ini adalah aktiviti pertama Babyfh bersama Mamayanie tau. Setiap kali Mamayanie nampak jew tempat mainan kanak-kanak dekat mall mesti tak sabar tunggu nak bawa Babyfh tau, akhirnya bila dah 7bulan baru dapat bawa Babyfh.

Mamayanie sampai Aeon Mall Shah Alam seawal jam 10.00 pagi, sebab mudah kalau gerak awal. Sebab tahu waktu jam 9.00 pagi waktu Babyfh tidur, senang Mamayanie memandu. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30-45 minit dari Tanjung Malim. Nasib baik jalan tak jem, hanya sedikit jem awal masuk Shah Alam. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami berdua di Aeon Mall Shah Alam.

See also  Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Khairulaming Style

Rocky Basecamp

Rocky Basecamp ini terletak di aras 3 Aeon Mall Shah Alam. Kalau korang nak mudah parking dekat aras 3 bahagian parking F. Terletak betul-betul di pintu masuk dari parking F. Tapi Mamayanie tak tahu awalnya, parking lah aras bawah jadi terpaksa naik cari lokasinya. Tak susah pun sebenarnya setiap tanda aras memang dah dilabelkan. Korang boleh rujuk maps yang disediakan dalam Aeon Mall.

Rocky Basecamp terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Climbing dan Playground. Disini lebih fokus kepada Climbing dan iainya merupakan Pusat Mendaki Dalaman (indoor) PERTAMA di Malaysia, yang menempatkan Tembok Mendaki Kelajuan Dalaman, berukuran 15 meter tinggi.

  • Climbing Wall

Climbing mempunyai 9 climbing wall yang mempunyai pelbagai jenis cabaran. Sampai sahaja di Rocky Basecamp Mamayanie diminta untuk mengisi borang bagi keselamatan. Bagi kanak-kanak pula umur yang dibenarkan climbing adalah 4 tahun keatas atau berat 20kg.

Satu pesanan Mamayanie korang perlu bawa stokin tau, bab kasut pula jangan risau disini diorang sediakan kasut khas bagi climbing. Lepas korang dah bersedia permulaan korang akan diberikan penerangan dan diajar cara mendaki tau.

Staff disini bukan sebarangan tau, diorang mempunyai kelayakan dan terlatih, kiranya staff professional dalam bidang climbing wall ni. Korang perlu patuhi sebarang peraturan dan arahan yang diberikan bagi memastikan keselamatan korang terjaga dan untuk mengelak sebarang kemalangan. Bukan apa, jangan buat pandai kalau ini adalah kali pertama. Dapatkan bantuan dari staff mereka yang terlatih dan mahir.

Lama dah Mamayanie teringin sangat nak buat climbing wall ni, akhirnya dapat jugak. Mesti korang tertanya kan siapa pegang Babyfh kalau Mamayanie climbing. Disebabkan kami pergi hari kerja tak ramai orang, jadi staf disini sangat mesra dan sudi tolong jagakan Babyfh tau. hihi

Pengalaman pertama Mamayanie climbing wall ni memang best, takut, dan penat haha.. Yelah pertama kali tak sangka rupanya agak sukar jugak, ingat main panjat je. Lagi satu Mamayanie agak gayat jugak orangnya, dengan climbing wall aktiviti ini korang boleh atasi rasa gayat tau. Mamayanie dapat jugak naik menari berkembar KLCC yeahh. Satu kepuasan bila dapat bunyikan loceng bila kita dah sampai puncak.

  • Playground
See also  Produk Review: Vitamin E Facial Scrub Cosmoderm

Playground ini pula sangat sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun keatas, bagi bawah 3 tahun Mamayanie syorkan perlu ada penjagaan dari ibubapa. Macam Babyfh pun seronok dapat main tau, sebab ada beberapa permainan yang sesuai untuk Babyfh jugak. Sementara ibubapa join climbing, boleh lah anak-anak bermain dekat playground ni. Kan dapat jalankan aktiviti seisi keluarga hihi

Air On Park

Air On Park yang terletak di aras 3, Aeon Mall Shah Alam. Kalau dari depan Rocky Basecamp korang boleh nampak Air On Park yang betul-betul terletak diatas hadapan Rocky Basecamp. Air On Park ini pulak merupakan aktiviti yang berbeza dari Rocky Basecamp. Ianya lebih kepada minda dan pembelajaran, kira dalam main ada belajar hiihi.

Air On Park pula terbahagia kepada 3 bahagian, iaitu Edutainment Zone, Fun Zone dan VR/ AR Zone (Virtual Reality dan Augmented Reality).

  • Edutainment Zone

Edutainment Zone merupakan zone proses pembelajaran sambil bermain. Dimana disini terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh menjana minda anak-anak. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari baby sehingga dewasa.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan disini adalah Handicraft Programme (Gift making), Motion Detection (Interactive Flooring) dan Interactive Drawing (Interactive Fish Painting).

Harga Edutainment Zone

  • 1 jam pas: RM 35.00
  • 2 Jam Pas :RM 45.00
  • 2 jam x 4 penyertaan : RM 140.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Edutainment & Zone Fun): RM 60.00
  • Pas Kemasukan Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00
Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam
bonding time
  • Fun Zone

Fun zone ini sangat menarik untuk kanak-kanak tau. Ianya adalah taman permainan yang berunsurkan tali dan terdapat juga beberapa mainan yang lain. Part ini Babyfh sangat suka sebab dia dapat main lego yang besar. Boleh bebaskan dia bermain dan memegang setiap lego yang ada.

See also  Menang Contest Gambar Instagram | SBB2016

Rasanya Mamayanie kena belikan lego besar macam ni untuk Babyfh dekat rumah. Tambahan warna nya yang meriah dan menjadi daya tarikan setiap kanak-kanak.

Harga Fun Zone

  • 2 Jam Pas : RM 35.00
  • 2 jam x 4 penyertaan :RM 110.00
  • 3 jam pas untuk 2 zon ( Zon Fun & Edutainment) : RM 60.00
  • VR/ AR Zone (Virtual Reality dan Augmented Reality)

VR/ AR Zone ini agak menarik tetapi ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia 4-5taun keatas. Ianya permainan yang melibatkan Virtual Reality dan Augmented Reality dan terdapat hampir 9 jeni permainan dengan jenis yang berbeza-beza.

Setiap permainan yang disediakan serius memang nampak nyata dan terasa seperti korang alaminya sendiri. Macam Mamayanie naik permainan roller coaster, ermm habis jeritnya haha. Pergerakkan juga korang akan terasa seperti sebenar.

Harga VR/AR Zone

  • Pass Single untuk 5 permainan : RM 55.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan :RM 95.00
  • Permainan taktikal ~ ONE Entry: RM 55.00
  • Permainan taktikal ~ Bundle of 4 games : RM 190.00
  • Pas Bundle untuk 10 perlawanan: RM 95.00
  • Pas Kemasukan Guardian: RM 5.00
  • Companion: RM 10.00
  • Topeng Mata setiap bahagian: RM 1.00
Rocky Basecamp dan Air On Park di Aeon Mall Shah Alam 1

Banyak lagi koleksi gambar yang Mamayanie nak kongsikan tau, tapi di instagram Mamayanie lah ye. Apa yang boleh Mamayanie kongsikan dari segi pengalaman, ini adalah aktiviti yang berfaedah, terbaik dan seronok untuk dijadikan aktiviti bersama keluarga atau kawan-kawan tau.

Mamyanie insya-Allah akan kembali semula tapi tunggu bagi Babyfh besar sket dan boleh berjalan. Baru lah seronok tengok dia main kan. Disini juga korang boleh lah tempah jika nak buat sebagai family day atau sambutan birthday ke, lebih menarikkan.

Untuk maklumat lanjut:

Rocky Basecamp:

Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/

Air On Park:

Website : http://www.aironpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/AirOnPark.SA/
Instagram: https://www.instagram.com/aironpark.sa/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*