Style Semudah ABC by Wawa Idris

Assalammualaikum w.b.t

Style Semudah ABC Workshop | Wawa Idris | Sekarang tengah femes dengan kewujudan ”hamba fesyen”. Nasib baik Kelab Blogger Ben Ashaari bagi peluang kepada Mrsyanie untuk mempelajari mengayakan style fesyen dengan betul dan tepat mengikut tempat.

Style Workshop | Wawa Idris

Seronok dapat belajar mengenai style untuk kita tampil dengan lebih bergaya mengikut tempat. Konsep semudah ABC perlu kita tanamkan dalam diri untuk lebih nampak bergaya dan style. 

A – Appearance         –  Keterampilan
B – Behavior               –  Kelakuan
C – Communication   –  Komunikasi


Selain itu kami dapat belajar trick suai padan stailo (aktiviti mix & match). Tak adalah kita digelarkan ‘hamba fesyen’ atau ketinggalan zaman kan.  Tema pakaian kami adalah ‘Smart Casual’. Apa lah nak pakai kan, dok pikir pecah kepala dah. Inilah masanya nak tengok style kita selama ini ok ke tak kan.
Ini lah Puan Wawa Idris. Sangat cantik kan dan stylo.
Kami diajar cara bagaimana hendak memilih pakai dengan lebih tepat mengikut masa yang tepat. T.O.P adalah formula yang mudah untuk kita tentu pakaian atau style yang betul. Apa tu T.O.P. Jom kita kongsikan.

T- Time = Masa yang bersesuai, samada siang atau malam
O- Occasion = Jenis majlis santai ke meeting ke
P- Place = Tempat dimana majlis tu berlaku, contoh hotel

Jadi dengan menggunakan formula ini, korang oleh fahami style apa yang perlu digayakan untuk menghadiri majlis tersebut. Kami juga diajar cara yang betul dalam pemilihan baju mengikut saiz badan dan bagaimana badan yang chubby boleh lebih kelihatan kurus. Semua orang nak tahu kan, tips penting ni untuk Mrsyanie. Sebelum itu kita perlu kenali masalah badan dulu (part body). 


Tips kelihatan lebih kurus:
  • Darker colour, fitted – pemilihan warna yang gelab sangat membantu
  • Vertical lines – Semestinya pemilihan corak jalur menegak 
  • Monochromatic colour – pemilihan dalam satu kumpulan warna yang sama
  • Hair/Tudung – perlu pemilihan yang betul, jika muka bulat elakkan pemilihan terlalu banyak corak bulat di tudung.
See also  Klana Beach Resort Port Dickson Menawarkan Sajian Ramadan Berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner

SELFIE
S- Stop comparing yourself
E- External perspective
L- List your awesome traits
F- Focus on achievements
I- Inner self
E- Embrace yourself

Dalam Style Workshop by Wawa Idris juga, kami diajar untuk kenali sifat diri untuk memudahkan kami untuk membuat pemilihan pakaian yang sesuai. Tak adalah membazir sangat dalam pembelian, yelah sebelum ni mana yang cantik je baju nak beli. Dah beli tak sesuai pulak, rasa segan nak pakai. Sekaang Msryanie dah tahu bagaimana nak buat pemilihan baju yang sesua untuk Mrsyanie. Lagi satu kami diajar bagaimana nak ‘mix & match’ dengan pakaian yang sedia ada. Tambahan sejak ada gst, harga pakat-pakat naik kan. Jadi beli pakaian dan kita main ‘mix & match’ untuk dapatkan gaya yang berlainan.

Dah ke bengkel, kena praktik kan untuk masa hadapan. Banyak yang dapat dipelajari dalam bengkel ini, selama ni main bedal jew Mrsyanie berpakaian tapi sebenarnya perlu ada nilai lebih style supaya orang tengok kita akan lebih yakin dengan kita. Moga akan lebih yakin lepas ni yeahh!!

Sebarang pertanyaan mengenai bengkel:

WOW Virtue Training & Image Consultant

Suite : 33-01, 33rd Floor

Menara keck Seng

203 Jalan Bukit Bintang

55100 Kuala Lumpur

Tel: +6019 236 3907 /  +603 2116 9619 

Fax: +603 2116 5999


Instagram: WawaIdris_ImejPatik 

Web : http://www.wawaidris.imejpatik.com 



Terima kasih juga kepada para sponsor: (yeahhh dapat banyak gift)


Live photo updated:


Nota ringkas: Wawa Idris akan mengadakan seminar bertemakan Kebangkitan Hero Niaga aka Seminar SuperHeroes pada 7 November 2015 nanti.



Till Next Entry ye!!!
See also  Inteemor Rakan Baik Kaum Wanita

Salam Sayang

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*