Ciptalah Kebahagiaan Dengan Maggi Ketika Travel

Assalammualaikum w.b.t

Maggi Mi 2 Minit | Menu wajib dibawa ketika travel pastinya makanan segera dan paling utama yang wajib dibawa dalah mi segera. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang 4 Resepi Mudah Dan Cepat Dengan Maggi Segera yang dibawa khas oleh Manggi. Menggi bukan sahaja mi segera yang dimakan dengan tambahan air sahaja, malah korang boleh pelbagaikan resepi dengan menggunakan Manggi Mi Segera.

4 Resepi Mudah Dan Cepat Dengan Maggi Segera
4 Resepi Mudah Dan Cepat Dengan Maggi Segera

4 Resepi Mudah Dan Cepat Dengan Maggi Segera

Bila kita travel pastinya bosan asyik makan mi segera dengan tambahan air sahaja atau mi segera yang kering. Mrysanie kongsikan resepi yang dibawa khas oleh Maggi untuk korang pelbagaikan lagi cara masak mi segera ketika travel. Tak travel pun boleh nak buat, yang pastinya ianya sedap.

Resepi MAGGI Mi Kari Tomato

Bahan Utama:

  • 2 pek Maggi mi 2 minit kari (Telah direbus dan ditoskan tanpa perencah)

Bahan A:

  • minyak,
  • bawang putih
  • bawang merah
  • hirisan ayam
  • daun sawi
  • lobak merah
  • bunga kobis

Bahan B:

  • Sos Tomato
  • Perencah Maggi kari
  • Air

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumiskan bahan A sehingga wangi.
  3. Masukkan pula bahan B. Kacau sehingga mendidih (2 minit).
  4. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak keatas Mi Maggi yang telah direbus dan toskan.
  5. Siap untuk dimakan.
MAGGI Mi Kari Tomato
MAGGI Mi Kari Tomato

Resepi MAGGI Mi Kari Goreng Basah

Bahan Utama:

  • 1 pek Maggi mi 2 minit kari (Telah direbus dan ditoskan tanpa perencah)

Bahan A

  • Minyak
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Sotong
  • Udang

Bahan B

  • Perencah Maggi Kari
  • Air (jangan banyak sangat)
  • Sos kicap pekat
  • Tepung jagung
  • Sawi
  • Telur (dipukul)

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak, tumis bahan A sehingga wangi
  2. Campurkan bahan B dan gaul rata. Masak sehingga kuah mendidih.
  3. Bila kuah dah mendidih, tuangkan telur secara perlahan-lahan dan gaulkan.
  4. Kemudan tuah kuah tadi ketas mi Maggi yang telah direbus.
  5. Siap untuk dimakan.
See also  Bufet Ramadan Bangi Golf Resort 2024 Penuh Warna Warni
MAGGI Mi Kari Goreng Basah
MAGGI Mi Kari Goreng Basah

Resepi MAGGI Mi Kari Mini Murtabak

Bahan Utama:

  • 1 pek Maggi mi 2 minit kari (Telah direbus dan ditoskan tanpa perencah)
  • Minyak jagung digaul dengan minyak supaya mi tidak melekat.

Bahan A

  • Perencah Maggi Kari
  • Telur
  • Ayam (dicincang)
  • Daun bawang (dicincang)
  • Lobak merah (dicincang)
  • Kubis (dihiris nipis)
  • Daun pasli (dicincang)

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan A kedalam mangkuk besar.
  2. Masukkan mi Maggi kedalam mangkuk tadi dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali ‘non stick’, tuangkan bahan campuran tadi dengan acuan kecil.
  4. Goreng selama 4 minit atau sehingga murtabak mi masak.
MAGGI Mi Kari Mini Murtabak
MAGGI Mi Kari Mini Murtabak

Resepi MAGGI Mi Kari Goreng Mamak

Bahan A

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang

Bahan B

  • Maggi mi 2 minit kari (Telah direbus dan ditoskan tanpa perencah)
  • Perencah MAGGI Kari
  • Telur

Bahan C

  • Pak Choy (dipotong kecil)
  • Kubis
  • Lobak merah

Cara-caranya

  1. Panaskan kuali dengan minyak sedikit, tumiskan bahan A sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan B dan kacaukan sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan C dan gaulkan.
  4. Siap dimasak.
MAGGI Mi Kari Goreng Mamak
MAGGI Mi Kari Goreng Mamak

Hanya menggunakan bahan utamanya mi Maggi, korang dah boleh dapat 4 resepi mudah dan cepat dengan Maggi Segera. Untuk travel korang boleh bawa bahan yang simple tidak perlu ikut bulat-bulat, cari bahan yang mudah korang nak bawa atau beli dilokasi travel korang. Ianya sesuai jika korang menginap di penginapan yang mempunyai dapur sendiri atau kongsi atau bawa je periuk doremon hihi. Maaf lah Mrsyanie belum ada lagi periuk doremon tu, jadi tak boleh tunjuk demo masak ketika travel dengan periuk doremon tu. Selamat mencuba.

Untuk maklumat lanjut:

Website: www.maggi.com.my

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*