Assalammualaikum w.b.t
Rahsia Wajah Cantik Seperti Artis Korea | Menjadi trend bila adanya sesuatu yang cantik, Mrsyanie pun pelik bila ramai sangat nak wajah cantik ala-ala Korea gitu. Sampailah awal tahun hari tu Mrsyanie tarvel ke Korea dan apa yang Mrsyanie nampak memang diorang ni cantik dan bersih jew wajah diorang tau. Kebanyakkan yang Mrsyanei jumpa pasti akan jaga penampilan terutama wajah. Dalam tren pun masih sempat nak makeup dan jaga penampilan wajah. Diorang tak makeup pun dah cantik, ermm bila makeup lagi tambah cantik. Tapi tak lah pekat pun diorang makeup, diorang lebih suka nampak seperti natural beauty gitu.
Syahirah Korean Secrets Rahsia Kecantikan K-Beauty
Dekat Korea memang penuh lah butik yang menjual produk kecantikkan tau, tapi kena pandai pilih yang halal atau tak. Memang rambang mata tengok produk kecantikan diorang dan Mrsyanie terpikir kalau beli pencuci muka atau produk penjagaan wajah nanti bila dah habis jenuh nak ke Korea lagi.. hihi Kukuh tak nak jadikan alasan ke Korea lagi haha.. Oppss.. Tapi betul kan, bila dah selesa tak akan nak ubah lagi produk kang lain jadinya. Sebab itu Mrsyanie tak beli pun produk penjagaan wajah disana.
Mrsyanie dapat tahu Syahirah ada mengeluarkan produk terbaru yang sesuai untuk kulit Asia untuk miliki wajah cantik persis artis Korea tau. Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH telah mengeluarkan rangkaian produk terbaru mereka iaitu SYAHIRAH KOREAN SECRETS.
SYAHIRAH adalah rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni“Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS
Syahirah Korean Secrets Rahsia Kecantikan K-Beauty yang diformulasikan gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM. Wah lepas ni Mrsyanie akan lebih tampil cantik mulus sekata gitu dan ianya mampu meningkatkan keyakinan diri untuk lebih menyerlah.
Ada 2 jenis Syahirah Korean Secrets:
- Syahirah Korean Secrets White Glow
- Syahirah Korean Secrets Hydra Soft
Syahirah Korean Secrets White Glow
White Glow direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri dan diperkaya dengan penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit. Tak perlu risau dah dengan cahaya matahari. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan Syahirah Korean Secrets White Glow.
Syahirah Korean Secrets White Glow mengandungi 6 produk hebat iaitu :
- Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
- Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
- Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
- Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
- Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu
- bunga Ginseng,
- Chamomile dan
- Teh Hijau
yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.
Ianya mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan kehebatannya yang pasti menyerlahkan “personaliti Korea” .
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft mengandungi 5 produk hebat iaitu:
- Skrub Muka: Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.
- Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
- Penyegar Tanpa Alkohol: Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
- Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.
- Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Mrsyanie sangat suka dengan pencuci muka Syahirah Korean Secrets Rahsia Kecantikan K-Beauty terutamanya produk Hydra Soft. Terasa lembut sahaja selepas cuci tau dan dapatlah Mrsyanie cantik dipagi raya. Nak raya bukan sahaja dengan penapilan baju je, wajah pun kena lah jaga tau. Lagi 5 hari jew nak puasa ni, tak sabar pulak nak raya tapi sedih nak tinggalkan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Korang boleh dapatkan Syahirah Korean Secrets Rahsia Kecantikan K-Beauty di semua pasaraya atau farmasi yang berdekatan dengan kawasan korang ye. Adik Mrsyanie pun guna produk Syahirah Korean Secrets tau. hihi Korang pun patut cuba.
Untuk maklumat lanjut:
Syahirah Malaysia
Lebih lanjut tentang kecantikkan! KLIK
amboiiiii jadi artis korea la dia raya ni
Assalamualaikum saya nak bertanya
Boleh hamil 8 bulan pakai cream malam syahirah