Assalammualaikum w.b.t
Steamboat Empire Cyberjaya | Siapa disini yang suka makan steamboat atau yang belum pernah mencuba makan steamboat stail? Mrsyanie nak kongsikan dengan korang lokasi steamboat yang memang sedap, puas hati dan berbaloi dengan harga.
Steamboat Empire Cyberjaya
Steamboat Empire yang terletak di Gem-In Mall Cyberjaya. Menawarkan lebih 60 pilihan makanan untuk steamboat dan juadah lain. Terdiri daripada makanan laut (seafood), ayam, daging dan pelbagai sayur-sayuran yang ada. Makanan laut yang disediakan semua segar-segar kerana Steamboat Empire Cyberjaya menjaga setiap kualiti makanan yang disediakan.
Gem-In Mall Cyberjaya
Yang istimewa disini lagi adalah sos resepi istimewa dari Steamboat Empire. Terdapat 2 jenis sos iaitu Empire Original dan Empire spicy. Yang original tak sangat pedas dan bagi yang suka pedas macam Mrsyanie memang suka yang Empire spicy. Terbaik!! Ramuan rahsia yang sangat sedap.
Steamboat Empire Cyberjaya juga menyediakan pelbagai jenis juadah lain seperti Otak-otak, Chicken Wing (yang ini sedap sangat), Sushi, Dim Sum dan sebagainya. Jangan risau ada juga disediakan nasi dan makanan berat yang lain seperti mee. Pelbagai jenis puding dan ice cream juga disedikan untuk juadah pencuci mulut (dessert).
Steamboat Empire
Disini menyediakan perkhidmatan secara makan buffet. Ada juga disediakn makanan ala-carte. Semua yang disediakan adalah segar dan banyak sangat jenis makanan laut dan darat. Dan paling penting Steamboat Empire telah mendapat sijil HALAL dari Jakim.
Terdapat 2 sesi makanan buffet:
Sesi Tenghari / Lunch
Waktu: 11.30 pg hingga 3.00 ptg
Harga: RM 22.90 (Isnin – Jumaat)
Harga: RM 25.90 (Sabtu & Ahad)
Sesi Malam / Dinner
Waktu: 6.30 ptg hingga 10.00 mlm
Harga: RM 25.90
** Kanak-kanak bawah 9 tahun adalah percuma**
Untuk maklumat lanjut:
Lokasi:
G.10-G.13, Gem In Mall, Mutiara Ville,
Persiaran Sepang, Cyber 11,
63000 Cyberjaya.
Waze: GEM IN MALL
Till Next Entry ye!!!
Cm sedap je ayam tu..nyum..nyum..
wow bestnya. nak terjah la nanti kalau ke sana.
terliurnya tengok..macam macam ada.
nampak tempat nya bersih & cantik, makanan pun nampak fresh. boleh laa pi try steamboat ni nanti
mcm nk repeat lagiiii
hmm nampak sedappp..
Jemput Singgah : Contest Review Lynk.My 2015
Wow! Tak pernah pun tau kat cyberjaya ada benda ni. Huhuhu
cantik la deco diaaaa
Jom kita pakat serbu lagi
adoih tgh lapo ni har tgk mknn plak..thanks 4 sharing atleast tau stu temp steamboat kat cyberjaya dkt gak ngn umh ni 🙂 Alalalallalalaaa jgn lah sedih nnt ade giveaway join lg tau insyAllah ada rejeki nnt!! 🙂