Assalammualaikum w.b.t
Online Booking Hotel Yang Boleh Dipercayai | Tak sabar nak travel hujung bulan ni tapi sekarang pening pilih hotel mana yang bersesuaian dengan bajet dan paling penting nak cari website online yang boleh dipercayai. Risau lah jugak bila kita booking nanti sampai tak dapat nak stay sebab pihak online booking menipu atau tak boleh dipercayai. Lagi satu nak dapatkan harga yang sangat bajet memang perlu kita cari dari beberapa laman sesawang online tau, jangan buat pencarian hanya 1 website jew. Nanti rugi yelah dari boleh jimat terus membazir jew.

Website Online Booking Yang Sesuai Untuk Travel
Bila travel Mrsyanie akan tengok pada lokasi travel tu, samada bersesuaian untuk dapatkan hotel bajet atau boleh untuk hotel yang mewah. Mrsyanie akan tengok dari segi keselamatan, bajet, kemudahan dan keselesaan tapi itu paling akhir yang Mrsyanie tengok.hihi.. Kekadang buntu bila mencari penginapan samada nak pilih jenis hotel, motel, apartnment, rumah, atau asrama. Banyak tau pilihan sebenarnya dan setiap pilihan ada keistimewaan dan kelebihannya serta pasti ada kekurangan dari setiap jenis.
Sebelum korang buat pemilihan jenis penginapan, korang kena juga tahu bajet yang korang anggarkan bagi setiap perjalanan travel. Contoh untuk travel Mrsyanie ke Korea hujung bulan ni, Mrsyanie fokus kan kepada travel bajet. Tetapi kena ambil tahu juga dari pelbagai aspek seperti berapa orang yang join travel, lokasi yang strategik dan kemudahan sekitar. Pening tau nak pilih sebenarnya.
Mrsyanie ringkaskan apa yang perlu korang buat sebelum memilih Website Online Booking yang sesuai untuk travel.
- Tetapkan lokasi travel
- Buat 2-3 list kawasan untuk penginapan. – Seperti jika travel ke Seoul Mrsyanie tetapkan 3 list kawasan untuk penginapan seperti Itaewon, Myeong-dong dan Dongdaemun.
- Jenis dan bajet penginapan dalam anggaran.
- Daftar website (ada yang bagi diskaun jika korang daftar, jadi sebaiknya korang daftar – ambil yang free)
- Buat perbandingan harga bagi setiap website, jadi korang akan dapat 1 website yang boleh tawarkan mengikut perancangan korang.
5 Top Pilihan Online Booking Site Bagi Penginapan
Ada banyak sebenarnya Website Online Booking yang sesuai untuk travel tetapi yang menjadi 5 website top bagi pilihan ramai termasuk Mrsyanie.
1. Agoda


3. TRAVELOKA

4. TRIVAGO

5. EXPEDIA

Banyak lagi sebenarnya website online booking untuk korang lihat harga, ini hanyalah pilihan yang menjadi top dalam pemilihan tempahan penginapan. Ada website yang menawarkan pembayaran terus melalui kad kredit dan ada juga boleh membuat tempahan dahulu dan bayar di hotel. Jadi korang perlu lihat perbezaan perkhidmatan yang mereka tawarkan adakah berbaloi atau tidak. Pilihans emua ditangan korang, tak sabar nak travel. Harap berjalan dengan lancar. yeaah.. !!
sampai 5 options pening jugak tapi yang penting tengok bajet jugak kannn