Assalammualaikum w.b.t
Menjadi Pilihan Telekung Arissa Mirza | Lagi beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari yang penuh dengan kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Mrsyanie teringat waktu zaman kanak-kanak, pagi raya je berebut nak masuk bilik mandi sebab nak ikut Mak Abah ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya. Kalau nak tahu adik beradik Mrsyanie semua puteri-puteri tau, ada 7 orang adik beradik. Bila nak ke masjid masing-masing ”cop” atau tempah siap-siap telekung, siapa lambat dapat telekung yang materialnya kurang. Tapi sekarang masing-masing dah dewasa, ada telekung masing-masing. Bagi Mrsyanie pilihan telekung biarlah selesa dan tak perlu nak menonjolkan sangat, kang tak khusyuk pulak orang lain nak solat sebab tengok telekung kita kan.
Telekung Arissa Mirza
Antara telekung yang simple tetapi selesa apabila menunaikan solat adalah telekung dari Telekung Arissa Mirza. Bagi Mrsyanie ianya simple sahaja tetapi material yang digunakan buatkan si pemakai berasa selesa dan yang penting menutup aurat dan tidak jarang. Mrsyanie suka dengan rekaan Arissa Mirza dari segi corak dan kalau nak tahu Mrsyanie lebih suka hika telekung berwarna putih. Nampak lebih suci dan warnanya tidak menganggu pandangan orang lain.


Ciri-ciri Telekung Arissa Mirza adalah :
✔ Material jercy gred exclusive 1.8kg satu (tebal) kain tebal dan patuh syariah tidak menampakkan bentuk badan
✔ Kain tidak panas dan selesa
✔ Acuan muka yang kemas dan tak perlu menggunakan anak tudung
✔ Telekung dan kain dijual 1 set
✔ Free saiz sesuai dari remaja hingga wanita dewasa
✔ Buatan malaysia dan jahitan anak tempatan
✔ Ready stok
Bagi telekung Arissa Mirza, base (main kain) adalah bewarna putih tetapi hanya dibezakan dengan awning sahaja. Telekung Arissa Mirza terdapat 2 jenis iaitu awning bewarna putih atau awning yang berwarna. Harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal dan yang pasti mampu milik. Bagi telekung Arissa putih hanya RM95.00 dan bagi yang warna di awning hanya RM110.00 termasuk harga penghantaran. Lepas ni boleh lah solat sunat Hari Raya lebih khusyuk dalam beribadah dan selesa bersama telekung Arissa Mirza.
Untuk maklumat lanjut:
Telekung Arissa Mirza
No. Tel: 0196666942 (Jaja)
Facebook: Jaja Idris
Tq yunk sbb pilih telekung kita. Moga diberikan khusyuk dalam beribadah. Aamin
sama-sama..
cantik, ada lace pula di tepi, nampak kemas
Betul tu, yanie suka simple je tapi masih ada corak gtu.