Bloggers Gathering Bersama 7-Eleven Malaysia

Assalammualaikum w.b.t

Bloggers Gathering Bersama 7-Eleven Malaysia | Sabtu lepas Mrsyanie berkesempatan turut serta dalam blogger gathering yang dianjurkan oleh 7-Eleven Malaysia. Teruja Mrsyanie untuk berjumpa dengan rakan blogger yang lain. Kali ini Mrsyanie datang dengan blogger Syima Yusuf, senang ada partner hihi.. Gathering kali ini lebih kepada kumpulan kecil dalam 6 blogger termasuk Mrsyanie.

IMG20160522102524

7-Eleven Malaysia Merapatkan Silaturahim Antara Blogger

Bukan dengan blogger sahaja malah team 7-Eleven pun sangat happening tau. Bila event seperti ini dijalankan bukan sahaja dapat mengetahui lebih terperinci tentang 7-Eleven malah dapat merapatkan lagi silaturahim antara blogger.

IMG20160522103459

IMG20160522122934

Gathering berlagsung di 7-Eleven, No 32 (GF) Jalan Sultan Ismail 55100 Kuala Lumpur. Mrsyanie dan Syima sampai awal, yelah risau tak jumpa lokasi tapi rupanya mudah sangat nak ke sini. Apa lagi guna waze je dan parking pun mudah disebelah bangunan sahaja.

Kami diberikan penerangan tentang perkhdimatan yang disediakan oleh 7-Eleven. Sebelum ini Mrsyanie ingatkan hanya kedai yang menjual barangan keperluan dan makanan-minuman tetapi rupanya 7-Eleven banyak lagi kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan.

1

IMG20160522111306

Nak bagitahu korang ni, sekarang tak perlu beratur panjang di Pejabat Pos menunggu giliran untuk pembayaran bil. Boleh dibayar di 7-Eleven tau.. Bukan sahaja penjualan produk, 7-Eleven juga turut menyediakan perkhidmatan pembayaran bil-bil seperti bil Astro, TM, topup pelbagai jenis telco dan macam-macam lagi ada. Touch n Go Reload pun boleh dibuat disini.

BOXiT PARCEL LOCKER

Paling baru adalah BOXiT parcel locker. Ianya merupakan kerjasama 7- Eleven bersama dengan BOXiT, dimana ia adalah satu perkhdimatan penyimpan (locker). Sesuai untuk korang yang suka beli secara online, tidak perlu bagi alamat rumah dah sekarang. Korang boleh letak barangan belian korang di locker BOXiT ini. Jangan risau kehilangan kerana ianya mempunyai sistem kunci yang sangat bagus. Buat masa sekarang ianya berada dibeberapa lokasi bandar besar.

See also  Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

IMG20160522110914

Bagi korang yang mengejar masa setiap pagi (sibuk) sampai tak sempat nak bersarapan diluar, korang boleh beli siap-siap makanan dari 7-Eleven tau. Disini dah ada jual makanan seperti Nasi Lemak, Bihun goreng dan macam-macam sarapan segera tau hanya panaskan sahaja guna microwave dekat pejabat jew. Pelbagai jenis kek dan roti pun ada, Mrsyanie dapat rasa tau kek dan roti yang dijual di 7-Eleven.

Fresh to Go Fruit Cake
Sliced Fruit Cake
Fresh to Go Marble Butter Cake
Marble Butter Cake
Fresh to Go
Sponge Delight & Pandan Swiss Roll
Fresh to Go
Blueberry Muffin, Banana Muffin & Chocolate Muffin
Fresh to Go
Sugar Donut
Fresh to Go
Sausage Bun & Pizza Bun
Fresh to Go
Sausage Donut
Fresh to Go
Ikan Bilis Bun & Sardin Bun
Fresh to Go
Potato Bun
Fresh to Go
Cheese Stick Bun

IMG20160522105406

41384

Memang sedap semua makanan yang disediakan dan Sponge Delight merupakan feveret Mrsyanie. Lembut je kek nya tau.. Sekarang sedang berlangsung kempen Buncit Bear oleh 7-Eleven sempena memberi sokongan dalam perlawanan bola sepak UEFA akan datang. Bagaimana nak dapatkan? Mudah sahaja korang beli apa-apa barangan di mana-mana 7-Eleven seluruh Malaysia bernilai RM5.00 akan mendapat 1 stiker. Kumpul sehingga 24 stiker, korang akan dapat misteri Buncit Bear tau. Memang comel Buncit Bear ni, yeah Mrsyanie dah dapat 1 bear. Nak kena kumpul lagi banyak ni..

Untuk maklumat lanjut:

Website: http://www.7eleven.com.my

Facebook: 7ElevenMalaysia

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*