Assalammualaikum w.b.t
Vono: Lebih Dari Penjagaan Tulang Belakang | Jumaat yang lepas Mrsyanie berkesempatan untuk turut serta dalam majlis perlancaran tilam terbaru dari Vono yang merupakan peneraju utama tilam penjagaan tulang belakang terkenal di Malaysia. Sebut sahaja tilam paling best, sah diorang akan ingat tilam Vono dan bila sebut Vono je orang akan terbayang Maya Karim. Cewah.. Cantik dan peramah tau Maya Karim, suka Mrsyanie tengok dia penuh dengan senyuman.

Vono Ergobed Blue Series
Vono adalah jenama tilam terkenal yang dicipta pada tahun 1896 dan berasal dari United Kingdom. Ianya memeng cukup terkenal dengan rekaan dan fungi yang sangat bagus untuk menjaga tulang belakang sewaktu tidur. Teknologi dan pengalaman sehingga 100 tahun sangat membantu Vono menghasilkan produk yang cukup bermutu dan berkualiti. Kini Vono telah melancarkan lagi satu produk mereka yang dapat memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan dalam penjagaan tulang belakang.

Rekaan tilam baru yang diberi nama Ergobed Blue Series adalah rekaan Vono bersama Maya Karim yang juga merupakan Duta Vono Malaysia. Menurut Maya Karim dalam majlis perlancaran yang lepas, “Kerana sifat semulajadi tugas saya, saya telah meneroka secara meluas dan dapat berkongsi pengalaman saya untuk membantu menentukan apa yang terbaik dan juga dapat menyumbang kepada tidur yang baik dan tenang. Bekerjasama dengan jenama terkemuka yang mempunyai kepakaran lebih daripada 100 tahun dalam penjagaan tulang belakang membuatkan kita satu pasukan yang hebat, jadi anda tahu anda dapat yang terbaik”.
Kelebihan Vono Ergobed Blue Series
- Pocketed Intalok 1200 Springing System: Dawai keluli tegangan tinggi, yang melalui mesin gegelung khas dan ditenun dalam corak yang saling interlock untuk sokongan badan yang teguh dan mampu menyerap pergerakan badan untuk tidur tanpa gangguan.
- Rekabentuk ergonomik: Lateks memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan.
- Penggunaan fabrik SaniGuardTM: Bahan tidak berbahaya, Zink Pyrithione, dirumus untuk menghalang pembiakan debu hama dan alahan untuk tidur yang selesa dan bersih.

The Vono Blue Truck
Sewaktu majlis perlancaran Ergobed Blue Series, Vono turut melancarkan salah satu perkhidmatan mudah mereka iaitu bilik pameran mudah alih mereka, The Vono Blue Truck, yang akan mengelilingi sekitar pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang dari Mei hingga Ogos 2016. Wah lepas ini tak perlu untuk ke kedau jika ingin melihat sendiri tilam yang bermutu tinggi dari Vono kerana akan ada pameran bergerak tau. Korang dapat melihat dengan lebih dekat dan mudah.
- Ergo Accent II : ketebalan 12.5 inci.
- ErgoBed Comfort 1 : ketebalan 11 inci dengan perca ala bahagian bantal yang mewah.
- ErgoBed Comfort 2 : 12 inci ketebalan yang serupa seperti ErgoBed Comfort 1, tetapi ditambah dengan bahagian atas iaitu lapisan tambahan Euro Top.
Memang sangat selesa sebab Mrsyanie sempat juga merasa duduk diatas tilam Vono Ergobed Blue Series tau tambahan pula dapat bantal yang super best tidur. Rekaan bantalnya dan Ianya sesuai untuk menjaga tengkuk ketika tidur dan memang dapat tidur dengan lena dan nyaman.
Untuk maklumat lanjut:
Website: http://vono.com.my
Email: enquiry.my@vono.com.my atau
enquiry.my@hildinganders.com
kalau dapat tilam ni, memang tidur tak bangun la..huhuhu
Bestnya jumpa Maya Karin..walaupun tak baper minat dengan dia tapi kalau jumpa depan2, excited jugak..hehe
Nak tilam vonoooo
Wahhh jumpa Maya Karin. Bestnya !
selesa sangat tilam dia..tapi mahai..