Assalammualaikum w.b.t
KY Kassim Yaacob Restaurant | Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang restaurant yang tak jauh dari Tanjung Malim, yelah asyik ke Kuala Lumpur je kan. Kali ini Mrsyanie buat terjahan ke lokasi yang terletak di Slim River Perak. Siapa pernah datang Slim River? Rugi korang yang tak pernah datang Slim River sebab dah masuk TV tau, alah kisah Kilang Roti Mokhtar. Pembakaran rotinya dengan menggunakan kayu api. Ha ianya terletak di Slim River tau, fuh semua tempat makan best kat Slim River je ni hihih
KY Kassim Yaacob Restaurant
Mrsyanie bukan nak cerita pasal roti femes tu tau hihi.. Hari itu Mrsyanie ke hospital Slim River teman abang ipar hantar kakak, anaknya kena tahan ward sebab kuning. Balik itu kami singgah untuk makan malam dan tertarik dengan KY Kassim Yaacob Restaurant. Dulunya kedai mamak disini tapi dah tukar tu yang kami singgah nak rasa.
Disini terkenal dengan Nasi Kukus Ayam Berempah nya tapi hari itu tak berselera makan nasi, jadinya kami pakat-pakat order yang goreng-goreng jew. Menu untuk restaurant masih lagi fokus kepada masakan goreng-goreng, tetapi untuk katering korang tetapkan menu mengikut kehendak korang.
Manggi Goreng Pattaya RM 6.00 |
Kuey Teow Goreng RM 5.00 |
Bihun Goreng Singapore Seafood RM 6.90 |
Telur Bistik RM 5.00 |
Siap ada photobooth lagi tau, apa yang Mrsyanie nampak KY Kassim Yaacob Restaurant lebih kepada konsep deko santai + hipster. Mungkin akan datang lebih banyak menu hipster yang akan diketengahkan.
Sementara menunggu makanan yang di order sampai, Mrsyanie sempat berborak dengan anak tauke KY Kassim Yaacob Restaurant. Dia perkenalkan dengan perkhdimatan yang disediakan. Bukan sahaja restaurant tetapi lebih kepada ”onestop” perkhidmatan. Disini bukan sahaja restaurant tetapi disini juga menyediakan perkhidmatan sewa mini dewan, bilik mesyuarat, dan katering. Korang boleh sewa untuk majlis harijadi, persaraan, perkahwinan dan sebagainya.
Disini mereka menyediakan perkhidmatan sewa dewan yang boleh memuatkan hampir 200-500 orang dan juga terdapat sewaan bilik mesyuarat. Konsep diorang senang je, korang sewa dewan dan makan di satu tempat sahaja. Tak perlu cari dewan lain, makanan tempahan pun lain. Segala kemudahan untuk majlis korang boleh dapat disini, dan dewan nya siap dengan aircond lagi.
Secara keseluruhan, makanan disini sedap dan harga mampu milik. Rasa kepedasan pun terasa, tu yang Mrsyanie suka.
Untuk maklumat lanjut:
KY Restaurant
Alamat: No. 92A, Jalan Perdana 4,
Pusat Perniagaan Slim Perdana, 35800
Slim River, Perak.
No. Tel: 05-4526066
017-5904364 (Nurul)
Till Next Entry ye!!!
Wah Nashwa tak pernah dengar maggi goreng pattaya. Nampak sedap!
http://nnakhairudin.blogspot.com
assalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini…tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi…
sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..
Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'
http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html
tq ^_^
Menarik. ☺ Tak pernah sampai Slim River. Jauh nya nak pergi sana. 🙁
Makanan dia pun nampak menyelerakan. Hehe !
Nampak macam menarik ni… Kalau ke sana bolehlah mencuba…
nampak menarik kedai dan makanan yang disediakan