Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 5 | Eco Adventure Camp | Pada hari ke-4 (hari terakhir) kami di sini, satu program ‘Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati dan Kelab Blogger Ben Ashaari’ diadakan. Hari terakhir kami di Taman Negara sangat santai dan kami turut serta dalam lawatan Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia ke Perkampungan Orang Asli Kampung Dedari.
Bersama YB Datuk Mas Ermieyati Bt Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.
Taman Negara Pahang, Eco Adventure Camp
Program Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati dan Kelab Blogger Ben Ashaari
Dalam program ‘Sehari bersama YB Datuk Mas Ermieyati dan Kelab Blogger Ben Ashaari’, kami turut serta dalam Majlis Perasmian Tapak Pembinaan (pecah tanah) Eco Adventure Camp oleh Han RainForest Resort.
Eco Adventure Camp oleh Han RainForest Resort
Eco Adventure Camp yang akan dibina terletak disebelah Han RainForest Resort Taman Negara dan telah dirasmikan dalam majlis pecah tanah oleh YB Datuk Mas Ermieyati Bt Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia. Tak sabar tunggu Eco Adventure Camp dibina dan moga Mrsyanie berpeluang lagi merasainya.
Menarik Tentang Eco Adventure Camp Taman Negara Pahang
Eco Adventure Camp dibina bagi menjadi satu tarikan terbaru di sini. Antara yang menjadi tarikan di Eco Adventure Camp adalah seperti flying fox, memanah, abseiling, ATV serta banyak lagi termasuk sukan air. Turut menjadi tarikan adalah aktiviti lasak bersama 4wd.
Sesi bersama Media (Sidang Media)
Selepas sidang media berlangsung, majlis penyerahan tshirt eksklusif untuk YB Datuk Mas Ermieyati oleh founder Kelab Blogger Ben Ashaari.
Seperti Mrsyanie bagitahu awal entry, kami sempat turut serta dalam lawatan Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia ke Perkampungan Orang Asli, Kampung Dedari. Paling menjadi kenangan Mrsyanie, dapat cenderahati dari hasil seni Orang Asli suku kaum Batek, gelang tangan yang dihadiahkan oleh Datuk. Syukur jadi wanita gitu, dapat hadiah tau. hihi Terima kasih. yeahh!! Cuba teka mana satu tangan Mrsyanie dalam gambar dibawah ?? hihi
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 8.00 malam. Sampai Kuala Lumpur dalam jam 1.30 pagi, sempat lah kami singgah makan malam dulu sebelum teruskan perjalanan. Satu pengalaman indah buat Mrsyanie bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan penaja-penaja. Memang tak dapat Mrsyanie lupakan dan akan terus menjadi kenangan terindah.
Korang juga boleh merasai pengalaman seperti Mrsyanie alami di sini, dapatkan segala maklumat penginapan dan aktiviti dengan Han Rainforest Resort.
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Part 1 Taman Negara Pahang
- Part 2 Taman Negara Pahang
- Part 3 Taman Negara Pahang
- Part 4 Taman Negara Pahang
- Part 5
Penaja Yang Terlibat
HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.
Camelus : Produk berasas susu unta.
Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.
YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa.
MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.
HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
seronoknya yanie..jeles akk tau. Entah bila akk nk dpt jejakkan kaki di situ