
Hidangan Thailand Kini Di Kedah | Wah untung orang utara kini dah boleh merasai Boat Noodle istimewa dari HLM Cafe by The Windows. Kali ini Mrsyanie dapat merasai menu utama mereka yang lain dari lain, bukan seperti noodle yang pernah Mrsyanie makan.
Boat noodle, atau lebih dikenali sebagai “kuaitiao ruea” dalam bahasa Thailand, adalah hidangan popular yang berasal dari kawasan pinggir sungai di Thailand. Hidangan ini terkenal dengan penyajian saiz hidangan yang kecil, tetapi rasa yang besar, dengan pelbagai jenis mi dan sup yang disediakan dalam mangkuk kecil.
Ia mendapat namanya daripada tradisi penjual yang menjual makanan ini di atas perahu di sungai. Ia menjadi pilihan yang sangat disukai oleh penggemar makanan Thailand dan sering dianggap sebagai simbol makanan jalanan Thailand yang autentik. Dengan kuah yang kaya dan perpaduan rasa yang unik, boat noodle adalah pengalaman makanan yang harus dicuba oleh sesiapa yang mencari kenikmatan kuliner Thailand yang sejati.

Boat Noodle HLM Cafe by The Windows
Agak menarik kerana boat noodle disini lain sedikit rasanya berbanding yang lain. Ianya ada rasa tersendiri dan sangat sesuai dengan tekak Mrsyanie. Sewaktu Mrsyanie datang, agak ramai pengunjung jugak. Agak menjadi ‘hot’ lokasi untuk merasai menu utaama mereka yang terbaik di utara. Pengunjung silih berganti, dan suasana pun agak selesa.

HLM Authentic Boat Noodle
Terdapat 2 jenis iaitu perisa ayam dan perisa daging. Sup yang disediakan lebih kepada sup lemak dan paling sedap bagi tekak Mrsyanie bila makan dengan daging. Cuma 1 kekurangan nya adakah isi ayam nya agak sedikit, jika letakkan isi ayam lebih dan tidak terlalu hancur memang akan lebih sedap. Harga pun tidak mahal (harga standard) RM 1.90 /semangkuk.


Disini bukan sahaja disediakan noodle tetapi pelbagai lagi menu yang berasakan Thai street food. Mrsyanie juga sempat merasai daging bakar, memang sedap makan dengan sos yang disediakan. Mereka juga mempunyai cawangan pertama mereka di Jitra.
Untuk maklumat lanjut HLM Authentic
Alamat: No 7, 1st Floor, LiTC Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah. (Landmark: depan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman)
No Telefon: 013 5969195 Pn. Mawar
Facebook: HLM Authentic Boat Noodle
Yanieyusuf.com
Leave a Reply