Assalammualaikum w.b.t
Hong Kong Trip | Part 1 | ARRIVAL | Setibanya kami ke lapangan terbang Hong Kong (HK) terus kami daptkan info mengenai kad Octopus (seperti kad Touch and GO). Ianya digunakan untuk kemudahan pengangkutan awam di HK. samada bas dan MTR (keretapi laju/LRT) disana panggilannya adalah MTR.
Hong Kong Trip | Part 1 | ARRIVAL
Kad Octopus ini seperti kita sewa, ianya dikenakan deposit sebanyak HKD50, jadinya permulaan kami topup sebayak HKD150 (Refundable deposit: HKD50, Value inside the card: HKD100). Dalam planning kami anggarkan HKD100 cukup untuk kamigunakan perjalanan dalam HK. Tapi bergantung kepada penggunaan jugak :).. Dapatkan kad Octopus di kaunter perkhidmatan (customer service) atau di MTR counter. Dia tak tulis octopus tau..so better tanya jika tidak tahu tau. (korang tanya di kaunter pertanyaan tau, kalu tanya orang ada setengah tu tak tahu ye..kang buat pasal je sakitnya tu disini…phm2 jelah)….hihih
Planning kami setibanya di HK adalah misi mencari hotel yang telah kami book di Agoda website., iaitu Hotel Canada. Untuk ke hotel kami gunakan perkhidmatan bas, dilapangan terbang ada 3 pengakutan yang boleh digunakan untuk ke bandar HK antaranya bas, airport express (keretapi airport), dan teksi. Nama pun backpacker dan penjimatan holiday, tak sanggup kami naik pengangkutan lain tau.
Jadinya pilihan kami adalah BAS.!!! Nak tahu bas no brape? kalu rajin korang boleh terus ke lokasi bas dan cari panduan perjalanan yang disediakan dikawasan perhentian bas. Tapi kami tanya je kaunter pertanyaan, siap bagi no bas lg untuk ke hotel kami. Untuk ke Canada Hotel yang terletak di bangunan Chungking Mansions, Tsim Tsa Tsui (TST). Untuk ke TST perlu gunakan Bus City Bus A21 dengan harga tambang HKD33. Yang bestnya bas yang digunakan adalah bas bertingkat dan free wifi.
** disinilah gunanya kad Octopus, hanya touch sahaja dimesin yang disediakan. Kalau korang tak nak gunakan kad Octopus, boleh gunakan duit tau tapi pastikan cukup HKD33 sebab mereka tak sediakan baki 🙂 **
Kat mana nak turun? Dalam bas disediakan papan elektronik yang ditulis setiap next stop yang akan berhenti. Jadi pastikan korang alert dimana korang nak turun. Kami turun di East Tsim Sha Tsui Station. Agak jauh berjalan jugak lah nak ke area hotel, yang jadi begangnya tanya orang kata sana, tanya orang lain plak kata situ.. Ha jenuh gak lah berjalana kuluh kilir.. Mau tak sakitnya disini…hihih tapi tak apa pengalaman.
Akhirnya jumpa jugak lokasinya. sangat tak perasan ada tulis nama bangunan Chungking Mansions. Disini dalam satu bangunan terdapat banyak hotel atau hostel yang disediakan. Setiap satu blok mempunyai 2 lift yag disediakan tapi 1 lift untuk nombor ganjil dan 1 lg untuk no genap. Diorang sediakan board yang tertera nama hotel dan tingkat brape.
Bagi Canada Hotel lokasinya di Blok A tingkat 15. dah sampai cek in sume. Pastu dibawanye ke bilik hotel…aiyo bukan lokasinya disitu, kami ditempatkan diblok lain tapi masih dalam bangunan yang sama. Tak pelah janji selamat dan ramai je orang. Tak ada lah takut sangat. Sampai je di bilik, buka jew….Terkejut gak lah hotelnya comel je dan kecik je..ahaha mau tak terkejut tapi puas hati ada wifi free yang laju, bersih dan kemas. Cuma kecil dan agak susah kami nak solat (terpaksa solat atas katil, janji solat tau..jangan tinggal).
Selamat cek in, kami pun rehat sebentar sebelum memulakan misi perjalanan pencarian makanan untuk lunch. Lapo tau jalan sana sini yang lost sebentar tu..hihihi..
Ringkasan bajet:
- MTR counter – Octopus card : HKD 150 / RM65
- Mineral water bottle: HKD 8 (airport HK shop)
- Bus City Bus A21 (East Tsim Sha Tsui Station) : HKD 33 / RM15 (Octopus card)
- Canada Hotel : Total RM 150 (2 days) / RM75 per Night
**sambung part : Ma’s Restaurant
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
seronoknyaaa pi hongkong 😀
yeayy..baru nak baca yanie punya entry holiday trip
Saya mohon share ye? ��
Nak pergi juga tu yang singgah cini.