Assalammualaikum w.b.t
Bersyukur!! | Hari ini Mrsyanie kongsikan coretan diri pulak ye. Alhmadulillah Mrsyanie ke atas nikmat yang diberikan. Walaupun Meyanie belum dianugerahkan rezeki zuriat tetapi dikurniakan pelbagai jenis rezeki yang lain. Sesungguhnya rezeki ada pelbagai jenis dan nikmat.
Walaupun tak sebesar mana rezeki yang diberikan tetapi tetap ada dan sangat bersyukur. Ye mungkin ramai yang asyik tertanya bila nak ada zuriatkan, itu adalah rezeki dari Allah SWT yang tidak dapat kita ramal. Tetapi usaha perlu ada jugak kan, Mrsyanie masih berusaha untuk mendapatkannya. Ingat jangan berhenti berharap, itu yang selalu Mrsyanie tanamkan dalam diri.
Happy Friends Day
Mrsyanie bersyukur kerana apa yang diimpikan insya-Allah menjadi nyata lambat atau cepat sahaja. Syukur Mrsyanie dikurniakan dengan suami yang sangat memahami dan sentiasa berada disini Mrsyanie dikala suka dan duka. Dialah sahabat baik, kawan gaduh, kawna manja Mrsyanie. Sanggup teman Isteri ke event dan setia menunggu. Juga kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan pada Mrsyanie. Alhamdulillah!!
Pagi ini Facebook pula ada buatkan video sempena Friends Day. Jom layan video yang telah dibuat:
Blogger, Happy Friends Day
Setahun bergiat dalam dunia blogger memberikan pelbagai rezeki yang tidak dijangka. Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari banyak memberi tunjuk ajar dan peluang buat blogger yang baru seperti Mrsyanie. Dapat percutian, dapat merasai makan di hotel & mewah, dapat produk-produk yang membantu kesihatan, dapat jalankan kerja amal dan banyak lagi. Tapi bukan dapat sesenang, ianya perlu disertakan dengan kerja yang berkesan. Bukan itu sahaja, Mrsyanie juga dikurniakan kawan-kawan blogger yang sangat baik dan sentiasa ada suka duka. Itu yang paling bermakna bila Mrsyanie bergiat aktif dalam dunia blogger.
2016: Siapa sangka dalam awal tahun ini target Mrsyanie untuk ke Legoland Malaysia dan makan Crab tercapai. Alhamdulillah! Target untuk ke luar negara ditaja pula,hihi tapi perlu banyak perbaiki diri dan blog untuk mencapainya. Tak salah kan angan-angan dulu, masuk dalam mimpi pun ok dah hihi..
Happy Friends Day !!!
Happy Friendship Day!
Salam Persahabatan!!!
happy friends forever ^_^
Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
friends day ke hari ni? baru tau ni.huhu
happy friends dayyyyy