Ho Chi Minh City | Vietnam
Sampai sahaja lapangan terbang Tan Son Nhat, Vietnam terasa lapang sahaja dan tak sebesar mana, tak seperti Malaysia yang kini padat dengan pelbagai ragam manusia yang datang. Satel di lapangan terbang kami terus dibawa menaiki van ke hotel tempat penginapan kami. Untuk pergi kami tak amik luggage pun, hanya bawa bag ringan sahaja yang boleh dibawa masuk dalam flight. Dalam group kami tak ramai hanya 9 orang termasuk En. Azahar selaku owner travel agensi yang kami ambil.
Kami menginap di Hotel Happy Inn, tengok sahaja bangunan hotel nye. Tinggi tapi pelik je kan. Nak tahu lebih lanjut nanti Mrsyanie cerita mengenai hotel ye. Sampai sahaja kami cek in dan Mrsyanie dapat bilik bernombor 402 di tinggat 4. Kami rehat sebentar sebelum meneruskan misi pertama kami iaitu ke lokasi shopping paling terkenal di vietnam iaitu Ben Thanh Market yang terletak di Saigon Town. Kami dibawa berjalan kaki dari hotel ke Ben Thanh Market. Jarak dari hotel ke Ben Thanh Market lebih kurang 1 KM, penat jugak lah jalan tapi sebab kami nak merasai sendiri suasana di Saigon Town (pekan Vietnam).
Teruja jugak lah sebab hampir 90% pengangkutan utama disini adalah motorsikal. Dan tak tahu nak kata apa sebab terlalu padat dengan motorsikal. Bagaimana lah kalau Mrsyanie yang bawa kenderaan disini, tak bergerak rasanya kereta. hihi..
Nah Mrsyanie bagi korang rasai sendiri suasana jalan raya di Vietnam:
Sampai je kawasan Ben Thanh Market, kami singgah dahulu merasai kopi susu ais yang terkenal disini. Diorang jual menggunakan motorsikal sahaja. Harga pula jangan risau diorang ambil duit Ringgit Malaysia.
Memang sedap!! Wajib datang sini rasa sendiri Kopi Susu Ais Vietnam. Kalau kat Malaysia kita panggil Kopi Ais sahaja kan, di Vietnam kena sebut Kopi Susu Ais sebabnya kalau korang mintak Kopi Ais je diorang bagi Kopi ‘O’ sejuk (berais) hihi. Harga untuk 1 cup ialah RM3.00 sahaja. Cupnya pun besar dan terasa pekat kopinya. Susunya pula lain dari di Malaysia. Memang wajib korang rasa tau. Insya-Allah cari yang halal ok. Banyak lagi yang Mrsyanie nak ceritakan, nantikan antara tarikan menarik yang ada di Vietnam. Nantikan ye hihihi
Mmg best gi saigon Vietnam. Saya pernah ke sana pada tahun 2010 dan 2012
bestnyeee !! hehe yg coffeee tuu halal
Puas minum tu mrsyanie…tunggu entry seterusnya..
sedap tu letih berjalan pekena kopi susu ais diorg..:)
Bestnya travel…teringin lak rasa kopi ais tu
Bestnya travel…teringin lak rasa teh ais tu
Kalau rindu dengan kopi vietnam terbaik, boleh datang ke Baling & Co. Bangi