Tambang Komuter Naik Pulak Disember Ini!

Assalammualaikum w.b.t


Tambang Komuter Naik Pulak | Udah kali ini tambang komuter pulak naik. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah mengumumkan kenaikkan harga tambang komuter di kawasan Lembah Klang. Ianya melibatkan perjalanan Tanjung Malim-Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves-Pelabuhan Klang.



Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)

Kenaikkan tambang baru ini bermula pada 2 Disember 2015. Kadar tambang komuter yang dinaikkan adalah bagi menampung kos-kos penyelenggaraan dan kos operasi yang makin meningkat.

Kenaikkan Tambang Kumuter 2015


Walaupun kenaikkan tambang komuter dinaikkan, Pihak KTM Komuter telah menawarkan beberapa potongan harga seperti berikut:


  • Diskaun 20 peratus (%) daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch’ n Go)
  • Diskaun sebanyak 24 peratus (%) bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus (%) untuk tiket bulanan
  • Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus (%) di bawah struktur tambang baharu
  • Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus (%) daripada kadar tambang tunai baharu 
  • kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma

Sumber: Utusan.com.my & Malaysiakini.com

Formula pengiraan tambang: 

Tambang = Tambang asas (kadar per kilometer) x jarak perjalanan + caj tambahan (Flag fall + ICPS)

** Contoh Pengiraan Tambang Tunai: 
KL Sentral – Midvalley = (RM0.306 x 2.25km) + RM0.70 + RM0.20 
                                    = RM1.59 ~ RM1.60



Adakah semua pengangkutan awam akan naik harga? 


See also  Panggilan yang tidak dikenali

6 Comments

  1. Kesian kita rakyat Malaysia, dah la kena bayar cukai, tambang komuter untuk rakyat pun depan nak naikkan. Rakyat asing pun berlambak naik komuter, bayar sama je dengan kita. Apa keistemewaan kita dapat hasil bayar cukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*