Assalammualaikum w.b.t
Warisan Ayah 3Q Station Menjadi Pilihan Ramai | Teruja Mrsyanie bila dapat tahu ada satu cafe station yang menjual Roti sebanyak 30 jenis. Mau tak teruja, selalu paling banyak kedai akan jual 8 jenis Roti kan tetapi hanya di WARISAN AYAH 3Q special menawarkan 30 jenis Roti !!
![]() |
Roti Hawaii |
WARISAN AYAH 3Q STATION
Nama Warisan Ayah 3Q menjadi pilihan Puan Aqma, dimana warisan ayah merujuk kepada suami Puan Aqma dan 3Q adalah permulaan nama anak puan Aqma. Konsep yang diterapkan di cafe station ini sangat unik, lebih kepada tradisional konsep hiasannya. Dibawah ini baru je sikit hiasan lukisan di dinding Warisan Ayah 3Q station. Lagi menarik menu yang disediakan di sini. Di Warisan Ayah 3Q Station menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Sarapan Pagi
Sarapan pagi di Warisan Ayah 3Q antara menu yang disediakan adalah 30 jenis roti, Nasi Lemak, Lontong dan sebagainya. Sarapan pagi yang mejadi Hot seller adalah Roti Hawaii, Roti Salad dan Roti Jepun. Ketiga-tiga roti ni memang sedap!! Paling Msryanie suka adalah Roti Hawaii, inti dalamnya adalah sosej, telur, daging dan sayur-sayur. Dimakan dengan sos cili dan mayonis. Sangat sedap!!
Masakan panas
Selain sarapan pagi yang memang menarik dengan menu yang disediakan, menu tengahari tidak kurang hebat. Terdapat pelbagai pilihan menu tengahari disedikan. Ianya lebih kepada menu nasi berlauk bermula jam 12 tengahari. Bagi menu malam pula bermula jam 3 petang, ianyalebih kepada masakan panas. Disediakan masakan goreng-goreng dan menu masakan panas yang lain.
Tidak sah jika tiada masakan panas menu utama iaitu ikan siakap/kerapu 3 rasa. Disini juga korang boleh order masakan ikan stim dan phakpu. Masakan phakpu? yang ini menarik dan pertama kali Mrsyanie dengar. Sos Phakpu dengan ikan kerapu memang sedap! Yang ini agak pedas sedikit dengan keranggupan ikan kerapu.
![]() |
Ikan Kerapu Masak Phakpu |
![]() |
Ayam Goreng Berempah |
![]() |
Tomyam Campur |
Kerabu Ikan Bilis menjadi pilihan utama dalam menu kerabu. Wah banyak menu yang pertama kali Mrsyanie cuba ni. Kerabu Ikan Bilis ini sangat sedap, rasa ikan bilis goreng dengan masam-masam cuka kerabu. Serius sangat sedap!
![]() |
Kerabu Ikan Bilis |
Warisan Ayah 3Q juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan disekitar kawasan Selayang Height. Jadi warga Selayang Height tidak perlu bimbing jika tidak berkesempatan untuk membeli makanan, hanya membuat tempahan menu sahaja. Selain itu, di Warisan Ayah 3Q juga menyediakan perkhidmatan katering dan sewa ruang dewan bagi pelbagai jenis majlis. Jangan bimbang harga yang ditawarkan berpatutan dan mampu beli, dan juga buat pelajar-pelajar ada harga khas buat pelajar.
Terima kasih Puan Aqma dan seluruh warga Warisan Ayah 3Q bersama Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari!!
Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan:
Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang, Selangor.
Landmark: Kolej Komuniti Selayang
Tel: 03-61280236 / 013-307 5369 / 013-307 5234
Instagram: Warisan_ayah3q
Waktu Operasi:
8 am – 12 am
Sedapnyaaa.. Nak pergi lagi la.. Meleleh tgk ni
Fuuuh mmg masih terasa kepedasan dan kelazatan kerabu ikan bilis tu
ya Allah ya tuhanku…bernafsunya tengok makanan…..belum sarapan lagi pagi ni….
Kerapu PhakPu dia mmg menggugat selera. Tambah nasi pun tak sedar! Hehee
Memang terbaik.
Highly recommendedlah. Baru je sarapan kat sini. Nasi kerabu versi trengganu wajib cuba..mantops.
Akan repeat. Termimpi2 ikan siakap phak pung nenas, abang pula mengigau ikan siakap stim halia. Seorang sekorlah nampaknya…yahooooo
Wahhh..bestnya..nak g la nanti..
Memang rekemen sgt pi ramai2 mkn especially roti canai hawaii tu dengan kerabu ikan bilis wowwwwww makin makan makin rindu lg rindu minum air kelapa janda pulang hahahahaa sedap
tertarik tengok Roti Hawaii tu..nyumm..nyumm..boleh ar try ajak husben kowt2 tersesat kat area Selayang..
siapa x pergi rasa memang rugi!!
Roti hawaiii.. nyum..nyumm
sedapnya tu
meleleh den tengok roti hawaiii. 😀
menariknyaa roti hawaiii tu.. macam spiderweb.. hehehe.. dekat dengan opis yoorin ni
memang menarik betul menu dia.. pilihan roti tu mmg banyak! pasti puas hati mkn kat sini..
roti Hawai… nampak menarik kene cuba nih…