
Assalammualaikum w.b.t | Alor Gajah Melaka | Kali ini Mrsyanie jalan-jalan cari makan di Melaka. Lokasi menarik yang korang boleh datang untuk mencuba makanan di Alor Gajah Melaka adalah di Medan Selera Pasar Menggong. Terima kasih kepada blogger kak Azura Rahman kerana memperkenalkan lokasi makan yang menarik!

Jalan-jalan Cari Makan Mencari Sajian Menarik
Di Alor Gajah terutama di Medan Selera Pasar Menggong terkenal dengan makanan Satay dan Cucur Rojak. Memang ramai pengunjung yang datang dan yang paling penting satay nya memang sedap. Mrsyanie memang penggemar satay dan satay di sini sangat sedap. Korang boleh makan macam itu sahaj tanpa kuah pun dah sedap. Perapannya terasa tau. Dan paling best korang boleh dapatkan satay Rusa disini. Datang Melaka jangan lupa singgah sini tau.

Jalan-jalan Cari Makan Menu Medan Selera Pasar Menggong

SATAY RUSA DAN SATAY AYAM


CUCUR ROJAK

Cucur rojak disini siap beratur kalau nak beli, rasanya oklah mungkin tak kena dengan tekak Mrsyanie tetapi satay kat sini memang terbaik! Nak datang sini senang sangat korang hanya waze sahaja medan selera Menggong Melaka atau Cucur udang Alor Gajah.
Till Next Entry ye!!!
wuu..alor gajah kampung kite tu…memang femes ngan cucur rojak….
Tidak…sate tu…my feveret
saya suka pergi kafe belakang tu, kickstart