Punca Haid Yang Tidak Teratur

Assalammualaikum w.b.t

Punca Haid Yang Tidak Teratur | Mrsyanie yakin pasti ada dikalangan wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Mrsyanie antara salah seorang yang mengalami haid yang tidak teratur sehingga ada sekali berbulan tiada haid. Haid juga dikenali sebagai datang bulan


sumber gambar: google.com

Haid atau datang bulan



Haid yang tidak teratur boleh memberikan beberapa kesan yang kurang baik antaranya sukar mengandung, emosi yang tidak teratur dan sebagainya. Yup bukan semua akan mengalami symptom yang negatif. Semua rezeki datang dari Allah S.W.T. Doakan semoga Mrsyanie akan mendapat cahaya mata secepat mungkin ye. aamin.

Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrioJika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj yang dikenali sebagai haid atau darah yang keluar dari faraj.  sumber: https://ms.wikipedia.org

sumber gambar: google.com

Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yang tidak teratur adalah:


  • KEGEMUKAN – berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • KEHAMILAN – haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN – hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS – tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN – sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS – ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL – pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS – stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN – sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN – 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID – hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. 

sumber gambar: google.com

Mrsyanie masih lagi dalam rawatan untuk menstabilkan haid. Jika ada petua kongsikan dengan Mrsyanie ye. Moga dipermudahkan dan dikurniakan zuriat secepat mungkin aamin. Alhamdulillah Mrsyanie dikurniakan suami yang sangat memahami dan sentiasa berada disisi Mrsyanie. Terima kasih Mrlaling.


Till Next Entry ye!!!
See also  Sabah

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*