Assalammualaikum w.b.t
Khasiat Kacang Kuda | Ingat tak Mrsyanie ada cerita tentang buku bertajuk Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Tak pe kalu tak ingat korang boleh ke LINK ini. Kacang Kuda yang juga dikenali sebagai Hummus dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Inggeris dipanggil Chickpea.
sumber gambar: google.com |
Kacang Kuda
” Sesungguhnya kami memakan pokok adas ini. Apa yang aku tahu, ia dapat melembutkan hati, memperbanyak air mata, namun melemahkan badan”
Kacang Kuda (Cicer arietinum nama dalam Sains) merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Fabaceae yang tidak ditanam di Malaysia tetapi banyak digunakan untuk makanan di Malaysia. Kacang kuda juga dipanggil sebagai chick-pea, Indian pea, Ceci bean, Garbanazo bean atau Bengal gram. Tanaman ini merupakan tanaman kekacang yang ditanam di negara seperti Indian, Mediterranean, Asia Barat dan benua Australia iaitu kawasan beriklim subtropika yang agak kering. India meruapakan negara pengeluar utama Kacang Kuda.
Kalau korang nak tahu Kacang Kuda merupakan makanan yang berkhasiat dan sumber protein untuk badan. Di Kedai-kedai Mamak paling banyak menggunakan Kacang Kuda yang dipanggil kuah Dal. Sangat digemari dan dimakan bersama roti canai dan sebagainya.
sumber gambar: google.com |
Antara khasiat Kacang Kuda:
Mengurangkan Kolesterol Dengan Kacang Kuda:
- Pengambilan 3/4 cawan Kacang Kuda dalam diet setiap hari boleh membantu menurukan tahap kolesterol LDL, sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengawal Berat Badan (menahan lapar)
- Kacang Kuda tinggi gentian dan protein serta mempunyai indeks glisemik yang rendah. Kombinasi yang kuat ini boleh membantu mengawal berat badan. Pengambilan sekecil 1/2 cawan Kacang Kuda harian dapat mengekalkan rasa kenyang dan dapat mengurangkan kalori.
Wah boleh lah amalkan pemakanan Kacang Kuda dalam menu diet korang. Dapatkan buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam dipasaran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai khasiat Kacang Kuda dengan lebih terperinci.
________________________________________________________________________
** Pesanan ringkas: Sumber dari buku ” Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ”. Nantikan khasiat dan petua-petua amalam perubatan tradisi & perubatan Islam bahan sunnah yang lain. **
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
wawa suka makan kacang ni.. tq kak sharing info..")
Nani tak suak sangat kacang ni 😀
Assalamualaikum…
hai!
Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc
jemput tengok blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
ig saya
@nurnasuha96_
whatsapp +60196117811
kan… sy pon suka….