Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga | Siapa tak pernah dengar Pulut Mangga dengan mangga kan. Sebenarnya Pulut Mangga ini sangat terkenal di Negara Thailand. Jika korang datang melancong ke Thailand jangan lupa untuk merasainya sendiri Pulut Mangga. Rezeki minggu ini dapat makan Pulut Mangga yang super sedap. Kat mana??

Pulut Mangga Thailand

Ha yang ini special sket sebab tak dijual dimana-mana tau. Emak kesayangan Mrsyanie buatkan pulut. Kebetulan cafe UPSI ini ada jual Mangga yang sangat murah dan manis. Sedap kew? Serius sangat sedap tambah plak rasanya ada manis, masin dan lemak pulut.

Bila lemak pulut dimakan pula dengan mangga yang manis, memang satu gabungan yang sangat sedap. Korang boleh juga makan dengan tambahan santan tapi pastikan pulut yang dikukus tidak dicampur santan lagi.

pulut mangga bersantan, pulut mangga thailand,

Trend mark dia ‘Buruk diluar, Manis didalam’, tapi betul dengan trend marknya. Rupa luaran Mangga yang dijual nampak buruk, cam tak elok jew. Tapi bila rasa pergg sangat sedap. Harga yang dijual jugak sangat murah 4 kilo hanya RM10, jadinya 1 kilo RM2.50 sahaja. Mau tak Mrsyanie borong sakan kan.. Mrsyanie memang suka Mangga tapi yang manis sahaja. Mangga yang masam tak suka huhuh.. (ceh memilih plak kan hihi)

Tengok sahaja longgongkannya.. pergg banyak sangat. 2 kali jugak Mrsyanie beli, kiranya dah 6 kilo Mrsyanie beli tau. Tapi bukan untuk Mrsyanie sorang tau, bagi Mak separuh. Itu yang Mak Mrsyanie buatkan pulut. Sangat sedap. 

Resepi Pulut Mangga Thai

Yang lainnya, selalu kalu orang buat Pulut Mangga, Pulutnya tak letak santan kerana akan dimakan ketika makan bersama pulut. Tapi Mak Msryanie terus je buat dengan santan. Kalau buat Pulut Mangga, pastikan pulut tidak terlalu lembik atau keras. Sedap dimakan dengan Mangga bila pulut dalam keadaan sederhana tetapi masak. Jangan mentah plak.

See also  Resepi Memikat Suami, Pikat Suami Kita Aja

Korang boleh try masak pulut ikut resepi asal dari: RESEPI PULUT MANGGA THAILAND

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 3 biji mangga

Bahan-bahan untuk pulut:

  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2-3 sudu besar gula sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu besar bijan

Kuah santan, bahan-bahanya:

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Penyediaan Pulut:

  • Panaskan pengukus terlebih dahulu
  • Lapik dulang pengukus dengan daun pandan yang disusun rapat-rapat.
  • Bilas pulut dan tapis keluar airnya.
  • Masukkan ke dalam dulang pengukus dan kukus sehingga lembut (jangan terlalu lembut sehingga lembik).

Anggaran masa kukus adalah lebih kurang 20 minit.

  • Apabila pulut sudah lembut & masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang besar.
  • Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
  • Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  • Sebatikan pulut bersama adunan santan tadi.

Cara untuk kuah santan:

Untuk kuah santan ini kalau korang tak nak buat pun tak apa sebab pulut tadi telah dicampur dengan santan tapi nak lagi nikmat dan rasa ala Thai boleh lah buat kuah santan ini untuk dimakan bersama pulut dan mangga.

  • Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
  • Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  • Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
  • Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung jagung.

Selamat Mencuba. Sangat sedap tapi kurangkan gula dalam pulut ye. Sebab Mangga dah manis. Kalu Mangga yang korang beli kurang manis bole letak gula.. yeaahh sedappp…

See also  Resepi Penkek Berkhasiat Untuk Anak-anak

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*