Assalammualaikum w.b.t.
Menu Sarapan Pagi | ROTI DAGING BERCHEESE | Sarapan pagi ala-ala omputeh?? Cuti sekolah ini pasti seronok dapat melihat anak-anak dapat bersarapan bersama dirumahkan. Inginkan kelainan dalam menu sarapan? Jom try ROTI DAGING BERCHEESE 2 VERSI.
Contents hide
ROTI DAGING BERCHEESE | Sarapan mudah dan simple tetapi diminati anak-anak.
Hidangan ROTI DAGING BERCHEESE boleh dipelbagaikan cara. Bahan yang sama tapi menggunakan 2 jenis roti yang berbeza dan bentuk yang berbeza. Jom try ….
Resepi :
BAHAN UTAMA:
6-14 keping Roti – Roti Gardenia dan Roti Home made (roti kampung)
1 paket mozzarella cheese (lebih kurang 250g-lagi banyak lagi sedap)
3-4 paket cheesedale
Bahan-Bahan inti:
1 pek daging cincang
5 sudu sos spaghetti
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit planta
Secubit garam (cukup rasa)
Secubit lada hitam
Secubit lada puih
Secukup rasa Italian Herbs
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA-CARANYA:
Memasak bahan inti dahulu:
1) Panaskan minyak sedikit, tumiskan bawang besar dan bawnag putih sehingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang supaya garing sedikit untuk dapatkan kerangupan. Jangan sampai rentung tau hihi.. cukup sekadar garing sedikit.
3) Masukkan sos spaghetti mengikut kuantiti daging jangan terlalu berkuah ye. Tumiskan sehingga masak sos spaghetti tadi.
4) Kemudian masukkan secubit garam (cukup rasa), lada hitam, lada puih dan sedikit Italian Herbs.
**Mrsyanie suka menggunakan Italian herbs kerana aura dan menaikkan rasa masakkan**
5) Siap masak. Tutup api dan dibiarkan sejuk.
Proses lapisan dan memasukkan inti:
Ada 2 versi yang korang boleh buat dengan menggunakan bahan inti yang sama. Versi sandwish dan versi ala-ala puff comel gitu. Kita mulakan proses lapisan sandwish dulu :
VERSI 1 : SANDWICH
1) Sapukan planta pada roti disebelah side sahaja (side luaran). Bahagian ang tidak disapukan planta digunakan untuk letak inti.
2) Letakkan inti daging yang telah dimasak. Mengikut selera anda.
3) Letakkan mozzarella cheese mengikut kesukaan cheese. dan taburkan sedikit Italian Herbs.
4) Tutup bahan inti dengan sekeping roti lain. Diatas nya diletakkan cheesedale. (Pada yang agak kurang dengan cheese cukup sekadar letak mozzarella cheese.
5) Letakkan dalam dulang pembakar. Dibakar pada suhu 180c selama 30-40 minit.
Inilah hasilnya:
![]() |
VERSI 1 (ALA SANDWICH) |
VERSI 2 : ALA-ALA PUFF
1) Sapukan planta pada bekas/cup (bekas/cup ikut kepada bentuk yang anda mahu) tapi yang boleh tahan panas ye.
2) Potong kan bahagian kulit roti tepi. Ambil roti putih sahaja.
3) Letakkan dalam Cup dan diletakkan inti daging yang telah dimasak. Mengikut selera anda.
3) Letakkan mozzarella cheese mengikut kesukaan cheese.
4) Taburkan sedikit Italian herbs.
5) Letakkan dalam dulang pembakar. Dibakar pada suhu 180c selama 30-40 minit.
Siap dihidangkan dan siap untuk dimakan:
good idea.. nanti boleh cuba 🙂
sedapnya yanie, anak kak ana mesti suka ni sebab ada cheese 🙂
selamat mencuba 🙂
haah kak.. bdk2 mesti lagi suka.. hihih.. orang dewasa pun suka kak..hihi
makan panas-panas…. fuhh..!! satu mana cukuuuppppp…
:p
haah tak cukup hihihi…sedappp tambh cheese lebih lg sedap..hihih
Kak Yanie xd rasa nak buatkan tuk along satu ke? terliur along tengok…