Assalammualaikum w.b.t

SAHUR

#Cabaran20Hari : PENGALAMAN SAHUR | Sahur adalah sunat yang digalakkan untuk kita lakukan. Teringat plak zaman bujang dulu bersahur dengan kawan-kawan. Pengalaman zaman bujang lah dikatakan sahur gila-gila.. …



APA ITU SAHUR?

Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut SehriSahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadhan. Ia di lakukan sebelum masukkan waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh) pada bulan Ramadan. (sumber: wiki/Sahur).

PENGALAMAN SAHUR


Mrsyanie masih ingat lagi zaman bujang, time tu dah kerja. Kami dengan kawan-kawan sanggup bersahur ke Genting tu. Zaman gila-gila time tu, bersahur ke Genting. Dulu zaman bercinta selalu jugak naik Genting, bukan berdua ye, bff tetap ikut menjadi peneman setia.. Tq so much Chana menjadi peneman setia dating time tu. Rajin jugak kami lepak ke Genting malam buta. Yang pasti nye Mrsyanie tak pernah memandu ke Genting, yang kena memandu Mrlaling atau bff. 

Bukan ada apa pun kat Genting malam buta, cuma kami suka naik Genting untuk menikmati pemandangan malam diatas gunung dan suasana yang damai. Kalu makan pun dekat Mcd Genting tapi sekarang dah kontrol diri tak makan Mcd.. Insya-Allah moga kurangkan makan di Mcd. Banyak lagi burger yang sedap selain Mcd kan hihih..(tapi kekadang tersasul jugak haihhh) 


Banyak lagi pengalaman sahur Mrsyanie zaman bujang. Sanggup ke Kuala Lumpur untuk bersahur pagi-sapgi buta.. Yang pasti jangan lupa, berhenti makan sahur sebelum masuk waktu subuh tau. Niat berpuasa jangan dilupa ok. Bagaimana pulak pengalaman sahur korang?? Menarik tak? jom sharekan dalam komen dibawah…(^_^)


Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *