Assalammualaikum w.b.t
RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS
#Cabaran20Hari : RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS | Yang ni paling Mrsyanie suka sangat. Menu paling berselera dipagi hari ketika bersahur adalah..
MENU SAHUR
Menu sahur paling ringkas Mrsyanie adalah Nasi putih dengan berlauk Telur Mata Kerbau campur bawang dan cili api. Wah menaikkan selera makan Mrsyanie tau..haihh cam mana nak kurus lah kan kalu menu bersahur pun sedap hihi..Msryanie yakin mesti ini adalah menu paling selera untuk anak-anak bersahur kan.Teringat kalu bersahur di rumah family, telur dengan kicap menjadi pilihan kami. Sahur tu kan sunat yang dituntut..Hihi.. lagi sedap ada ikan masin makan dengan nasi putih panas- panas. Wahh tambah selera..Nak taip ni pun dah rasa lapor je.. apa pun menu sahur korang yang paling ringkas, pastikan korang bersahur ok..
Resepi Telur Goreng Bawang
Bahan:
Telur ayam
Bawang besar
Cili padi
Cara-cara:
1) Goreng telur pastikan kuning tidak pecah. Angkat apabial sudah masak.
2) Bawang besar dan cili padi yang telah dipotong, tumis sekejap supaya naik bau sahaja.
3) Taburkan cipi padi dan bawang yang telah digoreng sekejap atas telur mata kerbau tadi.
Sambal Kicap
Bahan:
Cili padi
Kicap
Bawang besar
Cara:
Potong bawang besar dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk kecil dan tambahkan kicap, gaul bagi sebati. Siap.
Potong bawang besar dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk kecil dan tambahkan kicap, gaul bagi sebati. Siap.
#Cabaran20Hari
Apa tunggu lagi, jom sahut #Cabaran20Hari entry. Layari: #Cabaran20Hari
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
Lagi simple lagi sedap time sahur kan.. 😉
betul tu..lagi simple lagi sedap sebenarnya.
simple2 je menu sahur kan 🙂
Simple la BEST
resipi ni memg simple..tapi tu laaa yg dirindu2 tauuu..tambah ikan bilis goreng ke ikan masin ke..perghh
resipi ni memg simple..tapi tu laaa yg dirindu2 tauuu..tambah ikan bilis goreng ke ikan masin ke..perghh
Yeah!!! Menu kita sama..ringkas dan cepat..