Setelah hampir 5 tahun Mrsyanie tak menggunakan kanta lekap kerana keadaan mata yang agak kurang membenarkannya. Agak lama jugak ditinggalkan. Mrsyanie mula berjinak menggunakan kanta lekap ketika usia 18 tahun selepas SPM. Mula menggunakannya ketika berada dalam Program Khdimat Negara siri pertama 2004 di Timah Tasoh, Perlis. Aktiviti lasak membawa Mrsyanie untuk menggunakan kanta lekap. Ingat lagi Mrsyanie keluar outing selepas dapat duit elaun rm100 ketika itu. Beli lah kanta lekap bagi memudahkan Mrsyanie menjalani aktiviti lasak. Tetapi berhenti ketika tahun 2011 selepas berkahwin kerana mata mula tidak tahan dengan penggunaan kanta lekap. Mata cepat kering.
- Pastikan anda memilih kanta lekap yang dapat memberi pengudaraan (oksigen) dan kelembaban. (yang bersesuaian)
- Penggunaan solution yang tahan lama dan yang mempunyai fungsi penyimpanan yang baik untuk kanta lekap
- Sebelum penggunaan kanta lekap pastikan anda mencuci tangan sebersihnya dengan sabun dan dibilas dengan air yang bersih.
- Pastikan mencuci kanta lekap sebelum menggunakannya selepas penyimpanan dalam bekas kanta.
- Sebelu penyimpanan kanta lekap, pastikan bersih terlebih dahulu kanta lekap anda dengan solution supaya penyimpanan dalam keadaan bersih.
- Jangan guna kanta lekap yang tamat tempoh. Jika kanta lekap anda hanya tahan selama 1 bulan pastikan jangan guna kerana bimbang akan memudaratkan mata anda.
- Elakkan pembelian kanta lekap yang tahan 3 bulan kerana bimbang kerosakkan kanta lekap yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. (Jika boleh guna yang tahan hanya 1 bulan, pastikan anda tukar setiap bulan walaupun kekerapan penggunaan agak minima)
- Elakkan penggunaan kanta lekap lebih dari 8-12 jam.
- Elakkan anda tidur dengan penggunaan kanta lekap, pastikan anda membuka terlebih dahulu kanta lekap.
- Pastikan anda membeli kanta lekap dengan yang telah telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Jangan anda menggunakan kanta lekap yang tiada kesahihan atau kanta lekap yang boleh merbahayakan mata anda.
- Clear vision and Consistent comfort.
- Protective layer of moisture at the surface that resists deposits all month long
- Up to 5X more oxygen than traditional soft contact lenses for white, healthy-looking eyes.
mimin user. kadang2 terlupa dgn penjagaannya
kita takut nak guna. x berani nak masukkan end up pakai je la spek. wuwuwuw
jemputla ke blog kita pulak. http://norainiazhari.blogspot.com
Info yang berguna mengenai cara-cara penjagaan kanta lekap dan kanta sentuh yang betul. Selain itu, ada baiknya juga bagi mengelak sebarang komplikasi mata seperti alahan, kita menggunakan cecair pencuci yang mempunyai jenama yang sama dengan kanta lekap yang dipakai. Dan kanta lekap itu, mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi menghindar kita daripada tertipu dengan produk-produk tiruan dan berkualiti rendah.