Assalammualaikum w.b.t
D’laila Suppower Mee Udang MAA | Balik dari Krabi hari tu, memang dah niat nak serbu kedai D’laila Mee Udang MAA sebab telah membuatkan diri Mrsyanie mengidam tau….
D’laila Mee Udang MMA siapa tak kenal kalu kata nak makan Mee Udang yang paling sedap di Nilai?? Bukan sahaja Nilai tapi ini lah Mee Udang yang super sdap Mrsyanie pernah jumpa tau. Balik dari Krabi terus ke kedai D’laila Mee Udang MMA. Tapi masih belum buka, waktu tu baru jam 4 pm. Tapi sebab dah datang awal, pihak D’laila Mee Udang MAA pun kata datang jam 5 pm. Diorang akan siapkan cepat. Waktu operasi mereka bermula jam 530 pm. yeahh..Jadi nya kami gi ler jalan-jalan dulu di Tesco Nilai. Nasib member Mrsyanie memang mahir dengan jalan-jalan di Nilai ni.
Di D’laila Suppower jugak menyediakan menu Asalam Pedas. Ikan korang boleh pilih dan harga mengikut ikan. Ada ikan kembung, ikan pari dan pelbagai lagi. Asam Pedas di D’laila Suppower menyediakan pakej. Pakej yang disediakan termasuk lah nasi putih, telur masin, ulam-ulam dan sambal belacan.
Inilah owner D’laila Suppower, Kak Laila yang sangat peramah dan sangat pemurah. 1st jumpa pun dah rasa cam kenal lama tau.Tidak rasa kekok dan seorang yang peramah, suka senyum jew.
Tak mo cter banyak korang kena datangs endiri merasai kesedapan dan kenikmatan Mee Udang D’laila Suppower tau. Di D’laila Suppower juga terdapat menjual nasi bubur beraneka lauk. Maknya korang boleh makan bubur dengan tambahan lauk yang sangat sedap dan beraneka pilihan. Nanti Mrsyanie repeat boleh lah try bubur nasi plak. Tengok gambar pun dah terliur ni.
Antara menu menarik di D’laila Suppower adalah Mee Udang (udang galah, udang sederhana), Asam Pedas, Telur Mayong dan sebagainya. Telur Mayong juga merupakan tarikan utama D’laila Suppower tau. Pernah dengan tak? Ha ni 1st time Mrsyanie dengar dan dapat juga merasa telur mayong (Terima kasih Kak Laila belanja). Telur Mayong ini adalah telur ikan tau. Tapi besar sangat sedap dimakan. Bila gigit je ada bunyi pop..hihi memang sedapp!!!
Kalau nak mudah cari MMA Santai Corner ini, cari lah kereta kuning diatas..hihih seperti dalam gambar dibawah. Atau mudah sahaja wave dengan taip D’laila Suppower, Nilai.
D’laila Suppower Mee Udang
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai
Nilai
Till Next Entry ye!!!
kami masa first time p terkejut ada kete atas bumbung hahaha
kan..dr jaub nmpk aikk naper ad a kete kat atas tu..hihi mmg landmark mudah..
deco hebat..makanan pun nampak sedap..
kan..senang nk cari..satu tempat mcm2 jual..best..
pada sesiapa yang mencari kedai makan dekat Penang yang ada macam macam menu dalam satu kedai, bolehlah cuba makan dekat Laila Food Corner dekat Bukit Mertajam ni. Dia satu blok dengan Pizza Hut Pauh Jaya. Buka untuk makan tengah hari sampai ke malam.