Kuching, Sarawak | Holiday | Part 2 | Semengok Orang Utan Wildlife Centre

Assalammualaikum w.b.t
Day 2, trip hari kedua kami bermula jam 8pagi. Dalam jam 745 pagi cam tu standby di bawah hotel..Tour guide kami dah sampai awal..serius awal gler..ingat kami turun hotel awal..dia sampai dulu..Kul brape tah dia standby tunggu kami hihi..Hari ni kami akan pergi jumpa ORANG UTAN!!! Kat Sarawak ni memang terkenal denga Orang Utan nya.. memang tarikan menarik dan wajib korang datang melawat.. Tempat nya adalah:……. Semengok Orang Utan Wildlife Centre-Sarawak Forestry!!!!
Tapi sebelum tu kami singgah makan sarapan dulu..kat kedai mamak..satu jalan ke tempat orang utan tu..Yang bestnya sarapan pagi tu mengalahkan makan tengahari..perggg mula nya nak makan roti canai je..tengok ada orang dok meja sebelah tu order baik nye mee rojak..wahh terliur ler…hihih…
teruja tak tengok mee rojak ni..hahaha gler tengok mula tu..jenuh gak nak abiskan..nasib ada yang menolong abiskan sekali..hahaha..sedapp ooo.. wahh lapa lah plak dok update blog pasal makan ni..ermmm…
Selepa sarapan kami teruskan perjalanan ke Semengok Orang Utan Wildlife Centre..uikk tak sabo nak tengok Orang Utan yang liar..yelah selalu dok tengok dalam sangkar kat Zoo kan..ni korang pergi kawasan hutan tempat perkampungan Orang Utan liar tetapi dijaga keselamatan nya. Masuk situ seperti biasa kena bayar kerana untuk kos kos penyelenggaraan dan gaji gaji pekerja.. Jadinya jangan bising tau banyak tempat kena bayar if berpatutan.. yang penting kita dapat merasa sendiri pengalaman tu..


PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching Sarawak terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Konsep yang dijalankan pusat disini adalah hidupan liar. Orang Utang ni dberi kebebasan sepenuhnya dalam kehidupan tidak seperti di ZOO. Ia lebih kepada perkampungan terbuka buat Orang Utan ni.  Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.

Di pusat ini kita tidak digalakkan untuk berbuat bising kerana ia akan menganggu hidupan liar disini. Jangan anda diserang oleh Orang Utan tau..hihih Ia lebih kepada keindahan semual jadi dan kehidupan haiwan liar. Jadi sama sama lah kita menjaganya dan patuhi setiap arahan yang dberikan ye..

Ini adalah perumahan bagi Orang Utan secara semula jadi.. Cam sarang burung besar plak kan.. gambar yang atas tu tak zoom..sangat tinggi tau.. dan gambar bawahnya adalah gambar perumahan Orang Utan yang dah dizoom.. serius baru tau sarang mereka cam ni..cam sarang burung kan kan kan… teruja 🙂

Kami dibawa ke tempat memberi makan kepada Orang Utan. Nasib kami baik sebab ramai gak Orang Utan yang datang ke ”feeding platform” yang pusat telah sediakan.. Jika korang datang sini pastikan bukan musim buah tau..hihi bukan apa jika musim buat kebanyyakkan Orang Utan tak akan turun ke ”Feeding Platform” ni. Kerana mereka mudah untuk mendapatkan sumber makanan. Tetapi ada jugak yang akan turununtuk mendapatkan makanan di platform seperti Orang Utan yang kecil kecil yang agak bersaing untuk mendapatkan sumber makanan dengan senior Orang Utan. 
Lebih kurang 3-5 minit perjalanan ke ”Feeding Platform”. Ia masuk sedikit kedalam hutan. Sepanjang perjalanan ke platform ada pelbagai jugak tumbuhan liar yang menarik.. seperti Kacip Fatimah… Ada pelbagai tumbuhan liar yang boleh dilihat disitu.. Jalannya jugak agak menarik kerana ia seperti tangga daripada akar akar pokok besar..

yang ini adalah Orang Utan yang paling tua sekali.. paling besar dan paling ditakuti oleh geng gengster Orang Utan..hihih… Nama dia Ritchie… wah lahir tahun 1981..mrsyanie pun tak lahir lagi tau.. wujud pun idak ler..

Kat sini tak ada jual magnet peti..jadinya mrsyanie belilah poskad ada 4 keping gambar Orang Utan yang special kat sini.. yeahh leh frame kan nanti..hihih.. Korang kena gak datang sini tau..rugi lah datang jauh jauh tak lihat sendiri tempat hidupan Orang Utan liar.. selalu nya tengok kat Zoo berkandang kan..ha ni bebas tau..ada yang ganaz sket tapi keselamatan dijaga oleh pihak Pusat..
 LOVE mrsyanie (^_^)
See also  Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*