Assalammualaikum w.b.t | Kuching Sarawak | Disini banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Antara yang menarik untuk part 2 percutian kami di Kuching Sarawak adalah di Jong Crocodile Farm dan pottery factory.
Kuching Sarawak
Jong Crocodile
Jong Crocodile Farm & mini zoo juga merupakan tempat wajib dipergi ye jika datang Kuching Sarawak.. Sarawak juga terkenal dengan cerita cerita menarik dan mengerunkan tentang buaya, lebih femes lagi dipanggil bujang senang.. Disini korang boleh tengok sendiri bagaimana buaya tu dok baham sumber makanannya.. Siap bunyi glup glup glup tau.. ditelannya.. pergg serius pengalaman yang sangat menarik.. Kenapa mrsyanie kata ini adalah mini zoo.. kerana disini terdapat juga haiwan haiwan yang lain digaya didalam sangkar dan terpelihara.
Jong Crocodile Farm merupakan Taman Ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecil hingga buaya yang terkenal. cewahh femes tu..hikhikhik… Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup didalam air dan darat. Ia lebih kepada dalam air untuk berendam. Ada juga yang suka duduk di pinggir air dan darat.. Jong Crocodile Farm ini terletak kira kira 28km dari Bandaraya Kuching dan ia mengambil lebih kuran 40minit- 1jam (bergantung kepada cara pemanduan dan faktor lain)..
Dibuka setiap hari
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran:
Bukan Orang Sarawak: Dewasa: RM16, Kanak: RM 8.
Bagi Orang Sarawak: Dewasa: RM10, Kanak: RM 5.
Telur Buaya rata ratanya disimpan oleh buaya betina, dimana ia diletakkan atas tanah dan ditutupi dengan daun daun. Ia dijaga dan diperhatikan lebih kurang 2 meter dalam air dari kawasan penyimpanan telur telurnya..Buaya bertelur akan mengeluarkan bunyi yang sangat mengerunkan.. ermm yang tu mrsyanie tak dapat dengar huhu sebab bukan musim nya..
Dekat Jong Crocodile Farm ini terdapat seekor buaya yang tidak mempunyai ekor..serius memang tak ada ekor. Jenis nya memang tak ada ekor. Katanya jenis ini tidak lah terlalu agresif seperti buaya yang lain mempunyai ekor.. hihi tapi mak tetap seram nok..tak kiralah nama nya buaya..hihih
Inilah antara haiwan haiwan lain yang tinggal disini. Mini Zoo..
Gambar diatas ni lah namanya Pak INDON.. Jom ke feeding park..weee.. tengok buaya buaya membaham makanan..kat feeding park ni memang banyak sangat buaya..beso beso nak..takut mak rasa kalu ler dok terlepas..lari tak cecah tanah rasanya hihi…
Antara aksi buaya yang snagat menarik..dalam diam senyap dan rakus bler dapat.. ermm… Selain boleh tengok buaya je..Kat Jong Crocodile Farm ni terdapat sejenis ikan gergasi tau.. besar gak lah ikan ni dari yang lain.. Namanya Arapaima Gigas.. Warnanya sangat cantik tapi agak kurang timbol sket..tak berapa nampak time kami datang..Kat sini pun ada aksi memberi makan..Tapi ikan tak rakus lah..hihhih…mungkin sebab kenyang kot..
Last last kami dok melenggu menunggu ikan tak timbul timbul sambil nyanyi lagu ikan kaloi oohhh ikan kaloi hahaha..
p/s: Agak takut gak sebenarnya hihih tengok buaya dok perhati je..
Farm pottery factory
Selepas tu kami terus ke pottery factory /local produce centre yeah!! kat sini boleh tengok pembuatan pasu pasu berasakan tanah liat..tapi nasib kurang baik kerana pekerja bercuti..kedai masih buka tapi tak dapatlah tengok cara pembuatan pasu dari tanah liar… snap gambo je lah ye..
Pottery factory (local produce centre): YONG HUAT HENG BRICK & EARTHEN WARE FACTORY.
Leave a Reply