AEON Mall Cipta Rekod Malaysia Book of Records Sempena Jom Makan

Largest Participation in a ‘Banana Leaf Rice’ Eating Session | Satu lagi sejarah dicipta dalam Malaysia Book of Records. Mamayanie pun turut merasai kehangatannya apabila turut serta sebagai salah seorang penyumbang rekod kepada kejayaan ini. Dimana AEON Mall cipta satu lagi sejarah apabila majlis Jom Makan berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang. Yeahh Mamayanie jugak turut serta menjadi peserta dalam sesi makan ramai-ramai Nasi Daun Pisang.

Ini sekaligus mencipta rekod penyertaan paling pamai untuk sesi Memakan Nasi Daun Pisang. Rekod tersebut telah disahkan oleh Malaysia Book of Records. Majlis ini juga turut diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba. Majlis ini merupakan kolaborasi AEON bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro.

AEON Mall Cipta Rekod Malaysia Book of Records Sempena Jom Makan

AEON Mall
AEON Mall

Acara julung kali ini telah diadakan di AEON Mall Rawang dan ianya turut disertai masyarakat dari pelbagai bilang bangsa. Itu yang paling Mamayanie rasa terbaik sangat. Kita boleh duduk bersama-sama dengan pelbagai bilang bangsa untuk makan beramai-ramai. Tahniah buat pihak penganjur iaitu AEON Mall dengan Bananabro atas kejayaan ini.

Acara dirasmikan dengan tarian dari India yang cukup meriah membuatkan pengunjung yang hadir turut merasai kehangatannya. Cukup meriah sebelum acara makan dimulakan dan pengiraan untuk rekod Largest Participation in a ‘Banana Leaf Rice’ Eating Session, Malaysia Book of Records.

AEON Mall

Jom Makan Bersama Bananabro Makan Nasi Daun Pisang

Bagi setiap penyertaan mestilah berdaftar untuk mendapat rekod kehadiran pada hari tersebut. Peserta yang turut serta diberikan tag stiker tangan berwarna hijau. Ianya menunjukkan bahawa kita telah berdaftar untuk turut serta dalam acara gemilang ini.

See also  Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’

Mamayanie tak ketinggalan untuk turut serta ye malah satu keluarga turut serta tau. Happy je Abangfh dapat sertai bersama.

Menu yang disediakan untuk sesi Makan Nasi Daun Pisang ini berasaskan vegetarian untuk membolehkan semua yang hadir menyertainya. Antara menu yang disediakan adalah sayur-sayuran acar timun, peria goreng telur, sup kosong dan kuah kari yang disajikan dengan nasi putih diatas daun pisang.

AEON Mall

Mamayanie dah pernah makan di Bananabro sebelum majlis ini tau. Masakan di Bananabro memang sedap dan kuantiti yang diberikan pun banyak. Berbaloi lah kami sekeluarga akan disini dengan hanya hanya RM66 sahaja boleh makan untuk 3-4 orang.

Penyerahan Sijil Malaysia Book of Records

Selepas acara Jom Makan selesai, acara yang dinantikan terciptanya sejarah iaitu penyerahan sijil Malaysia Book of Records. Penyerahan dilakukan oleh pihak Malaysia Book of Records kepada pihak pengurusan AEON Mall bersama dengan Bananabro.

Tidak dilupakan juga acara penyerahan gift sempena pengunjung yang turut serta sebagai peserta dalam acara ini. Best sangat tau sebab korang dpaat makan dan gift jugak.

Jadi bagi yang teringin nak rasa masakan dari Bananabro korang yang sekitar Rawang boleh menikmatinya di AEON Mall Rawang. Jangan lepaskan peluang untuk rasainya tau, tak sabar nak kongsi dengan korang apa menu yang menjadi pilihan Mamayanie di Bananabro.

Sekali lagi tahniah buat AEON Mall atas penganjuran acara makan beramai-ramai “Jom Makan” bersama dengan Bananabro.

Untuk Maklumat Lanjut AEON Mall

Website: http://www.aeongroupmalaysia.com/

yanieyusuf.com

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*