Kek Coklat Kukus Resepi Yang Mudah dan Senang

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum w.b.t | Kek Coklat Kukus | Resepi ini Mamayanie dapat dari perkongsian rakan tempat kerja. Cara dan bahan yang digunakan sangat mudah untuk disediakan malah tidak perlu menggunakan oven atau pembakar. Ada banyak resepi kek kukus ini, tapi bagi Mamayanie ini antara yang mudah dan senang nak buat.

Kek Coklat Kukus yang sangat sedap dan ianya lembut (moist) je sebab dimasak dengan cara kukus. Malah sukatan adunannya juga menggunakan kaedah pengiraan cawan, jadi korang boleh agak berapa besar kek yang korang nak buat. Jangan pula korang tukar-tukar saiz cawan ye, gunakan satu cawan itu untuk sukatan semua bahan.

Resepi Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus
inilah hasilnya for my Anniversary kek. 

Bahan-bahan yang digunakan

Tepung gandum 1 1/2 cawan, (perlu diayak bagi lembut lagi)
Susu cair 1 tin,
Gula 1 1/2 cawan,
Minyak masak 1 cawan,
Telur 3 biji,
Serbuk koko 3/4 cawan,
Soda dan Baking powder 1 sudu kecil,
(mrs.yani gunakan tepung kek, jadi siap dengan soda dan baking powder )

Cara-cara menyediakan Kek Coklat Kukus

Bahan A:
Susu cair, gula dan miyak masak dicampurkan sekali untuk dimasak hingga larut. Kemudian sejukkan bahan masakkan tadi.

Bahan B:
Tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda  dimasukkan dalam bekas (Jika guna tepung kek naik sendiri tidak perlu bahan seperti tepung gandum, baking powder dan soda).

Langkah-lankah Memasak

  1. Kemudian bahan A dimasukkan kedalam bekas bahan B secara perlahan2 hingga abis. Digaul hingga sebati kemudian dimasukkan telur 1 per satu. Kacau hingga sebati.
  2. Dikukus selama 45 minit, tapi Mamayanie tambah waktu lagi sebab tengah kek kurang masak. Untuk nak tahu kek sudah masak dengan sekata, korang cucuk guna lidi atau garfu ditengahnya. Jika tidak ada yang melekat insya-Allah masak. Jika masih ada adunan yang melekat, tambahkan masa dan pastikan air kukus masih ada ye.
  3. Siap! Senang sangatd an korang leh lah hias kek tu untuk lebih cantik.
See also  Coconut Shake

Bagi Mamayanie kalau nak senang guna sahaja kek tepung segera itu, memang mudah dan senang. Tak perlu buat sukatan untuk baking powder dan soda. Yelah jika terlebih rasanya tidak akan sedap tau. Selamat mencuba!

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*