Nikmat Sambal Cili Api Sotong Bersama Petai | Nama menu pun boleh buat kita terliur kan, lagi-lagi ada pulak tambahan telur mata. Cukup enak dijadikan menu yang simple, makan pulak dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu menu kuah yang lain dah, lengkap untuk menu membuka selera. Untuk seimbang jangan lupa kalau ada ulam jugak, memang sedap. Jom Mamayanie kongsikan Resipi Sambal Cili Api Sotong Petai yang senang nak disediakan.
Resipi Sambal Cili Api Sotong
Menu ini korang boleh jugak jadikan sebagai juada berbuka puasa tau, memang bertambah-tambah nasi korang nanti. Pelengkap juadah ini dengan telur mata, memang nikmat makan. Lagi 1 menu ini sangat mudah untuk korang sediakan.
Bahan-bahan Yang Diperlukan
- Sotong
- Cili api hijau
- Cili besar merah
- Cili besar hijau
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia (hiris)
- Garam & perasa
- Minyak masak
Untuk cili kalau korang tak ada cili besar, boleh gunakan cili api sahaja. Macam yang Mamayanie kongsikan ini untuk mengurangkan sedikit pedas, jadi Mamayanie campurkan dengan cili besar. Sotong pulak Mamayanie guna yang bahagian badan sahaja dan dipotong berbentuk ring / cincin.
Cara-cara Memasak Sambal Cili Api Sotong
- Blend kan semua jenis cili, bawah besar dan bawang putih (kisar sedikit kasar)
- Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan bahan kisar dan halia yang dihiris.
- Selepas sedikit garing / cili telah masak, baru masukkan sotong dan petai.
- Kemudian masukkan garam & perasa.
- Siap!
Baca: Cara Bersihkan Sotong
Senang sangat kan, yang pasti rasa dia memang sedap dengan rasa pedas-pedas. Untuk tips kekalkan ranggup petai, korang masukkan petai selepas sotong agak masak. Jangan masuk awal-awal tau, jadi petai korang tidak layu atau tak ranggup.
Korang boleh sajikan menu ini dengan nasi putih, telur dadar dan ulam. Memang lengkap menu korang tau, Mamayanie siap bertambah nasi. hihi Kalau korang bukan pgemar seafood, korang jugak boleh gantikan dengan ayam atau daging. Kalau daging korang kena goreng dulu baru sedap.
Resipi Lain Yang Mudah Dan Sedap
Selamat mencuba ! Untuk resipi menu-menu yang ringkas, mudah dan sedap yang lain boleh layari RESEPI.
yanieyusuf.com
Leave a Reply