Assalammualaikum w.b.t
Gathering Raya 2016 Kelab Blogger Ben Ashaari | Tiada kata-kata yang dapat Mrsyanie lafazkan hanya mampu tersenyum lebar dan bersyukur kerana dikurniakan rakan blogger yang menjadi sebahagian dari ahli keluarga Mrsyanie. Sabtu yang lepas berlangsungnya satu Gathering Raya KBBA 2016 yang disambut dengan meriah dan disertai hampir 50 orang blogger beserta dengan ahli keluarga. Paling Mrsyanie bangga dengan diorang bila ada yang datang dari Kelantan, Melaka, Pahang, Perak dan Johor semata-mata untuk turut serta dalam gathering Raya. Ehh yang dari Perak tu Mrsyanie sekali ler tu tapi Mrsyanie dah selalu turun Kuala Lumpur kira separuh-separuh lah ye..hihih
Gathering Raya KBBA 2016
Jalinkan Hubungan Kekeluargaan
Tujuan gathering Raya bukan sahaja untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfiti malah ianya bertujuan berkumpul untuk merapatkan lagi hubungan antara kami. Yelah selalu kami jumpa di alam maya, bila sekali sekala dapat berkumpul riuh dan meriah tau. Majlis kali ini berlangsung di Ummiza Cafe, Jenderam Hulu dekat Sepang yang juga merupakan penaja makanan dan lokasi kami.
Turut menjadi penaja bagi menjayakan majlis adalah SECONDITEM BURGER BANTING dengan menaja burger 3 tingkat yang sangat cantik dan sesuai untuk sesiapa jadikan penganti kek kahwin tau. Bukan burger tingkat je malah diorang juga menaja mini burger yang sangat sedap. Super nyummy, tak sabar nak mencuba makan di cafe diorang yang terletak di Banting. Orang Banting jangan lupa datang tau cuba sendiri keenakkan makanan yang ditawarkan. Minuman Rasmi pula ditaja Oleh YEO’S MALAYSIA. Mrsyanie memang suka minuman kotak mahupun tin dari keluaran YEO’S tau kerana kualiti dan rasanya tak pernah kecewakan Mrsyanie.
Kami juga turut menerima tajaan hadiah hamper utama dari COSMODERM, TIGERUS dan FATA BESTARI HOLDING. Bila ada hadiah pastinya ada game yang disediakan oleh ajk KBBA. Kalau korang nak tahu, aktiviti sepanjang hari dijalankan oleh ahli KBBA sendiri, itu yang menguatkan lagi ikatan kekeluargaan dalam komuniti ni. Semua mainkan peranan tau walaupun sekecil-kecil peranan kerana tanpa kerjasama bersama majlis tak akan jadi semeriah hari tu. Memang rugi siapa yang tak dapat join tu eehh hihi..
Setiap aktiviti bukan sahaja melibatkan para blogger tetapi semua ahli keluarga. Ada permainan untuk anak-anak jugak, memang meriah dah macam family day. Mrsyanie juga tak lepaskan peluang untuk join, tapi ”dipaksa” untuk join berkaraoke berduet plak tu hihi.. Tak mau tapi semangat menyanyi ni ( itu lah orang kata mau tapi malu) haha.. Parter berduet Mrsyanie adalah blogger Aznan dan paling bestnya kami menjuarai karaoke berduet ni tau. Hadiah yang Mrsyanie dapat adalah produk dari Cosmoderm gitu, memang suka dengan keberkesanan produk mereka. Tambahan pula ada satu cream panas yang Mrsyanie dapat memang best bila sapu diperut tau. Terima kasih Cosmoderm.
Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari
Bab wefie memang tak lepas dari kamera telefon Mrsyanie ler, habis dengan semua nak ber’wefie‘ nya. Memang seronok dan tak rasa kepenatan langsung bila dapat berceloteh dengan diorang dan semuanya sporting. Alhamdulillah program ini dapat merapatkan lagi siratulrahim antara kami dan terasa rindu pulak nak jumpa dengan semua. Terima kasih juga kepada semua penaja yang turut memberi sokongan kepada program ukhuwah seperti ini. Lupa pulak nak bagitau gathering kami siap ada kambing golek tau dan ia membuatkan Mrlaling tersenyum lebar dapat layan makan daging kambing sepuasnya. haha..
yeayyy sungguh meriah sekali…