Assalammualaikum w.b.t
Pembelian Online Lebih Mudah Dengan Brolly Kuala Lumpur | Korang ingat tak Mrsyanie pernah ‘food hunter’ di Restoran Brolly Kuala Lumpur. Alah yang terletak di bangunan Felda berhampiran KLCC. Mrsyanie teringin nak bawa keluarga makan disana menikmati hidangan seafood atas meja beralas putih dan pelbagai menu lain. Tapi Abah Mrsyanie agak kurang sihat, tak sampai hati nak susahkan Abah.
Brolly Kuala Lumpur Kini Sediakan Perkhidmatan Online
Tapi sekarang Mrsyanie tak perlu risau dah kerana Brolly Kuala Lumpur telah menyediakan perkhidmatan pembelian online dan terus hantar ke rumah. Alang-alang dah bawa Abah buat pemeriksaan kesihatan di Damansara terus lajak ke rumah kakak yang terletak di Taman Keramat Permai. Turut serta Mak dan adik-adik jadi kami plan untuk tidur rumah kakak jew dan ini lah masa nya Mrsyanie nak belanja diorang.
Sementara tunggu Abah buat pemeriksaan kesihatan, Mrsyanie dan adik apa lagi online lah ke laman web Brolly KL. Korang boleh order online seawal beberapa hari tau kerana dalam laman web Brolly telah disediakan tarikh dan masa pilihan untuk sesi penghantaran. Tak perlu pening-pening nak order online kelang kabut.
Brolly Sediakan Penghantaran Cepat dan Tepat
Mrsyanie set masa jam 530 petang untuk dihantar terus ke rumah kakak. Risau jugak sampai ke tak ni, yelah bangunan disini banyak risau tak jumpa jew. Tapi sebelum jam 530 petang, pihak penghantaran Brolly call Mrsyanie untuk sahkan bangunan. Tepat jam 530 petang terus sampai ke depan pintu rumah tau. Memang proses yang disediakan cepat dan tepat, paling penting makanan yang disediakan masih lagi panas tau sewaktu dihantar.
Siapa kata kat rumah tak boleh makan seafood longgok (crab factory) tau, tak perlu nak meja. Hidangkan je untuk makan bersama-sama di bawah dengan alas yang disediakan tau. Di Brolly juga menyediakan pelbagai lagi menu menarik seperti Pizza Home Made, Chicken Wing, Burger dan lain-lain.
Alhamdulillah seronok sangat dapat makan bersama-sama keluarga tau, tambahan pula memang teringin nak bagi Mak Abah rasa menu di Brolly terutamanya seafood (crab factory) tu tau. Memang sangat kenyang dan puas hati!!
Pada korang yang nak order online sangat digalakkan tau tak perlu habis minyak kereta, tenaga dan masa.
Cara-cara order:
Langkah 1 – Klik salah satu link website (mengikut pilihan restoran)
- Brolly, Kuala Lumpur : http://www.my-brolly.com/ atau http://order.my-brolly.com/
- Crab Factory, Petaling Jaya: http://www.crabfactory.com.my/
- Crab Hut, Cyberjaya : http://www.crabhut.asia/
Langkah 2 – Klik pilihan bahasa ( English, Bahasa Melayu atau Cina)
Langkah 3 – Sign in dahulu untuk masukkan maklumat penghantaran dan disini korang akan tahu samada lokasi alamat untuk dihantar termasuk dalam kawasan penghantaran atau tidak. Korang juga perlu isi tarikh dan masa untuk proses penghantran mengikut kehendak korang.
Langkah 4 – Korang dah boleh buat pilihan menu. Ada pelbagai jenis menu yang terdapat di Brolly Kuala lumpur antaranya Crab Factory, Salad, Pizza, Chicken Wing, Var.Eat.y dan sabagainya. Korang hanya perlu klik di ruangan ”Tambahan”.
Langkah 5 – Setelah pilihan menu dibuat, korang boleh lihat ringkasan pesanan yang telah dipilih beserta jumlah bayaran yang perlu dijelaskan. Jika tiada pertambahan klik ”Semak Keluar” untuk proses pembayaran.
Langkah 6 – Korang boleh masukkan kod diskaun jika ada. Bagi pembaca blog Mrsyanie istimewa buat korang disertakan kod promo bernilai RM100 potongan bagi pembelian makanan bernilai RM300 keatas. Gunakan kod promo: YANIEY (boleh rujuk gambar dibawah).
Langkah 7 – Proses pembayaran boleh dilakukan dengan jumlah selepas potongan diskaun tadi. Korang boleh semak semula alamat dan masukkan nombor telefon bagi memudahkan penghantaran kelak. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan Kad Kredita / Debit Card / PayPal.
Bila selesai sahaja proses pembayaran diterima, page Terima Kasih dan nombor pesanan akan keluar yang menyatakan pembayaran selesai. Dan korang juga akan dapat email pengesahan dan pesanan order. Sangat mudah dan ada berita baik untuk korang ni…
Online Delivery Lucky Draw Contest
Dengan pembelian secara online korang boleh turut serta dalam contest ke Korea… Dapat diskaun RM100 dengan kod promo: YANIEY dan korang boleh menang.. yeahh!!!
Ya allah meriahnya..nak sangat makan..tunggu ade duit
Nasib baik baca time sahur. Terliur.
Seronoknya tengok mak ayah yani makan … Kan best makan kat rumah jer, sebab orang tua ni kadang kurang selesa nak makan kat kedai.
Bulan puasa ada wat delivery gak x?
Bagus yanie send waktu sahur dan awal pagi gini…kalau tghari..menggelodak perutttt minta nk mkn…nyummm
wah besnya klu kat tempat aina pun ada gini!!
Fuyoo.. beli food dpt gi korea??
Wahhh mudahnyaaa nak makan seafood sekarang. Delivery je
Bila ada online semuanya jadi mudah 🙂
kalau dekat dah order dah. hahaa