Tutorial Bloglist Untuk WordPress

Assalammualaikum w.b.t

Tutorial Bloglist Untuk WordPress | Akhirnya Mrsyanie jumpa jugak bagaimana cara untuk letakkan bloglist rakan-rakan di blog Mrsyanie. Yelah bila tukar wordpress (WP) ni agak blur jugak macam mana nak tambahkan widget yang lain. Antara perkara utama Mrsyanie nak letak dalam blog bila dah siapkan theme blog adalah bloglist rakan-rakan yang lain. Agaknya WP boleh ke letak blog list? Mrsyanie mulalah buat pencarian, dan akhirnya jumpa jugak.

TUTORIAL BLOGLIST UNTUK WORDPRESS 0
CONTOH BLOGLIST YANIEYUSUF

TUTORIAL BLOGLIST UNTUK WORDPRESS

Siapa kata WP tak boleh kan. Kalau guna blogspot memang mudah sebab dah disiapkan widgetnya tapi WP pun boleh. Cuma korang perlu tahu cara bagaimana nak masukkan widget nya. Mudah sahaja!! Jom kita mulakan..

  1. Klik Plugins
  2. Klik Add New
  3. Taipkan ”plugin RSS Bloglist” dalam ruang carian seperti dalam gambar bernombor 3.
  4. Korang akan nampak antara widget/apps yang akan keluar. Klik install now di apps ”RSS Bloglist”.

111111111111111

Selepas dah install korang kena aktifkan apps RSS Bloglist tadi. Selepas selesai, korang ikut arahan :

       5. Klik Appearance

      6. Klik Widgets, paparan akan dikeluarkan disebelah.

      7. Korang boleh nampak widget ”RSS Bloglist”

     8. Korang add kan widget ”RSS Bloglist” dalam pilihan widget korang samada nak letak dimana. Macam Mrsyanie letakkan di Primary Sidebar.

     9. Klik di RSS Bloglist yang bernombor 9. Korang boleh settingkan berapa url blog yang akan dipaparkan, dan masukkan url blog rakan.

2222222222222222

Gambar dibawah menunjukkan antara setting yang korang boleh edit. Dan di RSS URLs  korang boleh masukkan url blog rakan korang. Korang boleh ubah jumlah untuk Maximum Items dan Items per Feed paparan entri. Lagi satu jangan lupa untuk TICK (/) kotak untuk Display item source supaya boleh tahu blog siapa.

See also  Pening Pilih Header Baru

3333333333333

Akhir sekali jangan lupa save ok. Siap. Cuba korang lihat semula blog korang ada tak bloglist yang telah disetkan tadi. Selamat mencuba atau untuk lebih lanjut korang boleh ke blog : Jiwarosak atau mohdrasul. Kerana diorang antara entry yang mudah faham tentang tutorial bloglist untuk WP dan Terima kasih.

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*