Assalammualaikum w.b.t
Misi Mengejar Emas Kembali | Bukan nak kejar emas rantai gelang semua tau, bukan emas 916 tetapi mencari emas bagi Sukan Kakitangan di tempat kerja Mrsyanie. Bermula sekarang musim sukan antara jabatan dan antara acara tahunan yang sangat meriah.
![]() |
Tahun 2015 |
Sukan Antara Jabatan
Dengan adanya acara tahunan seperti ini, Mrsyanie boleh jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Almaklumlah universiti kami ada 2 kampus sekarang, jarang sangat nak jumpa kawan-kawan, tambahan Mrsyanie kerja bukan keluar dari pejabat.
Tahun ni Mrsyanie kurang aktif sebab makin tua rasanya haha. Tak ada lah cuma nak kurangkan sedikit penglibatan tetapi masih wajib untuk sertai. Acara wajib yang Mrsyanie sertai adalah Bowling dan petanque. Bagi acara yang lain, Mrsyanie jadi pom pom girl jelah kot untuk tahun ini, tak sabar nak menjerit bagi sokongan kepada kawan yang bermain. hihi.
![]() |
Tahun 2014 |
Dulu siap ada topi Fox lagi tau, memang seronok. Hilang dah rasa tuanya hihi. Semalam bermula lah latihan kami, agak kelaut juga latihan pertama kami. Tapi tak pe, masih ada masa lagi untuk berlatih. Lepas ini nak berlatih dengan Mrlaling pulak, sebab dialah sifu yang garang bagi Mrsyanie untuk berdedikasi tapi kekadang kelaut jugak sebab hilang pengawalan bola. hihih.
Apa-apa pun sukan ini bagus untuk kita menjaga kesihatan sambil merapatkan lagi silaturrahim antara kami, rakan sekerja. Walaupun acara akan berlangsung pada bulan April ini tetapi debaran makin terasa untuk kembali beraksi di gelanggang.
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply