Assalammualaikum w.b.t
Tips Penggayaan Shawl x Cermin Mata | Penggayaan shawl yang sesuai dengan pemilihan cermin mata juga memainkan peranan dalam penampilan diri. Mrsyanie sendiri adalah pengguna setia cermin mata, tak guna cermin mata kang tak nampak pulak kan.
Tips Penggayaan Shawl x Cermin Mata
Ada jugak yang suka dengan penggunaan kanta lekap, Mrsyanie pakai juga kanta lekap tetapi tidak kerap dan digunakan bila masa tertentu sahaja. Bukan apa, mata Mrsyanie sekarang jadi sangat sensetif tau. Cepat kering dan merah jadi agak bahaya untuk Mrsyanie menggunakan kanta lekap dengan kerap.
Mrsyanie kongsikan bersama beberapa tips penggayaan shawl bagi wanita yang bercermin mata atau yang minat dengan penggunaan cermin mata hitam.
Tips Penggayaan Shawl x Cermin Mata
1. Bagi Mrsyanie pembelian cermin mata bukan seminggu sekali tetapi akan digunakan selagi tahan kan. Jadi pemilihan cermin mata sangat penting bagi wanita yang berhijab dan bercermin mata.
2. Corak pemilihan shawl yang sesuai, jika terlalu banyak corak akan buatkan muka korang kelihatan sangat serabut tambahan pula dengan penggunaan cermin mata. Jika ingin kelihatan menonjol korang boleh membuat pilih cermin mata yang berbingkai warna hitam atau klasik.
3. Menggayakan shawl dengan 2 lapisan lilitan. Letakkan cermin mata pada lapisan shawl yang pertama. Dengan itu, lapisan kedua dapat membantu menaikkan seri pemakai dan ianya akan kelihatan lebih stylo.
4. Longgarkan pemakaian shawl seperti gambar diatas. Dimana menggunakan inner hitam dan shawl sebagai pelengkap. Ia dapat mengurangkan wajah muka kelihatan cubby atau bulat.
5. Pemakaian shawl yang kosong/ plain warnanya akan kelihatan lebih menarik bagi pemakai cermin mata. Selain itu pemilihan warna shawl yang bersesuaian juga penting untuk kelihatan lebih menarik.
Gambar diatas menggayakan shawl Fairy Exclusive dari Dreams Fairy Boutique. Fairy Shawl Exclusive merupakan shawl panjang berbentuk empat segi tepat. Fairy Shawl Exclusive sangat mudah digayakan dan ukurannya yang panjang memudahkan para penggemar shawl style lilitan untuk menggayakannya tetapi masih labuh. Material kain yang digunakan adalah chiffon glitter tone yang berkualiti tinggi dan mudah dbentuk. Kilauan glitter nya dapat memukau kecantikkan dan keayuan si pemakai Fairy Shawl Exclusive ibarat pari-pari cantik. Fairy Shawl Exclusive berukuran hampir 2.0 meter panjang.
Pelbagai lagi koleksi menarik yang korang boleh lihat di facebook page Dreams Fairy Boutique.
Untuk keterangan lanjut:
Dreams Fairy Boutique
Website: http://dreamsfairyboutique.com/
Facebook page: DreamsFairyBoutique
Email: sweetladies.homebiz@yahoo. com
Kenan plak tgk cermin mata ni, rasa nak beli satu…shawl pun lawa
Terima kasih kongsi tips ni…PC pun pakai cermin mata…bila pakai tudung bawal tiada masalah..part shawl tengok jenis kain..hehe..
Wah! Entry yang menarik. Bagus idea ni. Walaupun saya tak rabun, tapi saya pun suka pakai cermin mata. Tapi takde cermin. Bingkai je. Hahaha xD
akk dah lama tak dpt spek itam tu..asal pkai je anak tarik huhuhu..habis senget tudung2..sng tak payah pakai..baru tak senget..
Yeayyy! Entry yg sesuai utk rujukan sy si kaca mata, hehe~
jue pun kadang2 bnyak style pkai shawl.. kdg2 tak leh buat apa sebab pkai spek kan..
wahhh bagus info ni….
nampak menarik… 🙂
hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
smartiesmoo.blogspot.kr