Assalammualaikum w.b.t
Barang Antik Dimana Valuenya? | Mengumpul barang antik menjadi salah satu hobi buat penggemar barang antik. Mana sahaja ada barang antik pasti menjadi tumpuan. Sekarang nak dapat barang antik atau barang yang lama dan unik agak sukar tetapi di Anngerik Mall Shah Alam setiap hari ahad akan diadakan Garage Sale yang menawarkan penjualan barangan antik.
Garage sale Anggerik Mall
Selalunya jika dengar sahaja Pasar Karat atau garage sale, kebanyakkan menjual barangan terpakai yang agak moden. Tetapi di Garage sale Anggerik Mall, Mrsyanie terjumpa peniaga yang menjual barangan antik. Ini betul-betul antik hihi. Dimana value barangan antik? Barangan antik yang sukar dijumpai dan tahun memainkan peranan value bagi sesebuah barangan. Bagi penggemar barang antik, harga tidak menjadi satu masalah kerana sesuatu barang antik itu mempunyai value yang sangat tinggi. Tetapi di Garage Sale Anggerik Mall, barangan antik yang dijual tidak terlalu mahal.
Antara barangan antik yang terdapat di Garage Sale Anggerik Mall Shah Alam. Dan barangan antik yang paling menarik perhatian Mrsyanie adalah duit syiling lama dan radio lama. Radio piring hitam yang berfungsi dengan baik dan merupakan keluaran tahun 60an. Harga yang dijual tidak terlalu mahal tetapi sangat berbaloi dengan value barangan antik tersebut.
Inilah Encik Mat Daud salah seorang peniaga barang antik Hubungi: 017-6578151 |
Ini adalah dulang yang digunakan ketika zaman perlombongan bijih timah. |
Bersama Puan Liza yang bertanggungjawab dalam melaksankana Garage Sale Anggerik Mall, Shah Alam. Kalau korang nak tahu Puan Liza juga merupakan peniaga barangan antik dan mempunyai kedai di Anggerik Mall iaitu Kedai Ipoh Loken. Memang sangat menarik setiap barangan yang dijual disini dan ada pelbagai lagi barangan menarik terdapat di Garage Sale Anggerik Mall.
Untuk keterangan lanjut mengenai Garage Sale Anggerik Mall:
Puan Liza: 017-2422693
Garage Sale
Setiap hari Ahad
Waktu: 10 pagi- 5 petang
Lokasi: Anggerik Mall Shah Alam.
Till Next Entry ye!!!
Iols suka.. saya ada banyak gak brg antik. Slh satu ialah penimbang surat kt pej pos. Hikhik. Skrg x pkai dah.
Bagi peminat barang antik memang kebabomm
Unik kan kelihatan barangan antik tu. Ada yang lama ada yang baru..nice entri
best kan .hari tu nak tengok lama skit tapi nak pi lain lak,next time nak lepak lama skit la hehehe
barang antik sgt berharga bg yg menghargai brg antik..
jom support our segmen : misi kembara si citam
wah, ada garage sale ye..baru tauuu
Kalau saya nakjual barang tembaga lama, nak tak?