Panduan / Tips Itinerary Travel

Assalammualaikum w.b.t

Panduan Itinerary Travel | Mrsyanie baca di blog Mysuperkids tentang tips-tips yang perlu korang ketahui sebelum membuat itinerary travel. Tips yang sangat berguna buat semua traveller. Terima kasih Mysuperkids dengan tips yang diberikan dan Mrsyanie kongsikan di sini.

Panduan dalam membuat Itinerary travel:

1. Tujuan Kembara

  • Pertama sekali korang kena setkan tujuan travel korang samada percutian santai, extreme, romantik atau sebagainya. Disini korang boleh tahu lokasi yang sesuai untuk korang terjah, samada pantai, kawasan bergunung-ganang.

2. Berapa lama akan ke sana

  • Berapa lama tempoh percutian korang. Seminggu, 3 hari atau 2 hari? Tempoh yang disetkan akan mempengaruhi setiap point lokasi yang korang akan planning. Jika masa yang singkat korang boleh pilih lokasi utama sahaja untuk itinerary travel korang.

3. Rujuk Peta dan Buku-Buku Travel

  • Yang ini penting untuk korang buat itinerary. Korang kena kenal nama tempat atau kawasan yang korang akan travel. Contoh jarak satu lokasi dengan satu lokasi lain agak jauh menyebabkan korang rugi masa dalam satu hari. Penting: Rujuk Peta!

4. Check Best Time Untuk Kunjungan

  • Korang boleh check dulu tarikh yang menarik untuk korang pergi. Jika korang memang plan untuk join atau lihat sendiri bagaimana diorang sambut perayaan atau festival, korang boleh setkan tarikh awal. Contoh festival Cuti-cuti Malaysia yang lepas, antara festival tahunan yang menarik minat pelancong.
See also  Bali Indonesia Percutian Pilihan Honeymoon


5. Check Hari Cuti/Festival

  • Korang kena cek tarikh yang korang plan. Jika jatuh pada Hari perayaan korang kena ambil risiko sesak, banyak lokasi tutup dan sebagainya. Contoh, Mrsyanie pergi ke Jakarta-Bandung, kebetulan tarikh adalah cuti sekolah disana, harga barang diorang naikkan dan keadaan agak sesak terutama di higway dari Jakarta ke Bandung (tak sunggup dengan jem huhu).

6. Plan Nak Tinggal di Mana

  • Dah tahu lokasi travel korang, plan nak stay mana. Hotel, apartment, atau hotel backpacker. Bila dah tahu lokasi korang nak tinggal, korang kena setkan samada nak booking di Malaysia secara online atau nak walkin. Nasihat Mrsyanie lagi bagus jika korang booking awal kerana  belum tentu sampai sana korang akan dapat hotel yang korang plan (ambil kira samada hari perayaan, harga, atau mungkin fullbook)

7. Plan Transport

  • Antara yang korang kena plan adalah transport korang sepanjang travel. Dari airport ke lokasi penginpanan dan sebagainya. Samada dengan bas, tren, teksi atau sebagainya. Jika transport awam korang kena tahu nombor bas, cuba korang kaji dulu dari blog blogger travel yang pernah pergi lokasi travel korang.Dan korang juga boleh tahu harga setiap perjalanan dan moga tidak tertipu dengan orang sana (terutama teksi). Macam Mrsyanie pergi ke Hong Kong, cousin Mrsyanie dah siapkan bas nombor berapa yang perlu kami naik bila sampai di airport untuk ke lokasi penginapan (jimat masa tidak perlu tercari-cari sangat).

8. Bajet

  • Dah plan tarikh yang sesuai, jenis pengangkutan dan penginapan, mudah untuk korang buat bajet. Pastikan korang buat planning awal supaya korang boleh setkan bajet mengikut planning tempat menarik yang korang nak pergi. Jika awal planning korang tak terikat dengan bajet yang korang ada, leh kumpul duit dulu.

9. Fleksible

  • Korang kena ingat bahawa itinerary ini merupakan panduan sahaja, korang kena fleksible kan travel korang. Mungkin dalam perjalanan travel ke sesuatu tempat ada lokasi menarik yang korang boleh singgah. Contohnya macam Mrsyanie travel ke Sabah, dalam itinerary nak pergi ke Gunung Kinabalu, dalam perjalanan kami jumpa dulu dengan Rumah Terbalik yang femes tu. Kami singgah dulu melawat di Rumah Terbalik Sabah. Kemudian baru teruskan misi ke Gunung Kinabalu.

Semoga panduan/tips ini dapat membantu korang yang nak travel secara sendiri atau backpacker. Tips ini Mrsyanie baca dari blog Mysuperkids  tetapi olahan point sedikit berbeza mengikut pengalaman Mrsyanie. Terima kasih Mysuperkids dan korang boleh terjah blog Mysuperkids  untuk lebih info mengenai travel.


12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*