Assalammualaikum w.b,t

Cinta Sayang Resort, Sg Petani, ada tak yang dah pergi? dah pi tu mai baca lagi..hihi kot uols pi untuk bercuti..ha ni kami pi sempena  KURSUS PEMBINAAN PASUKAN. Sambil bercuti hihi 🙂

Cinta Sayang Resort terletak di Sungai Petani Kedah darul Aman. Tempat dan lokasi nya sangat menarik. yelah pada yang dok di area bandar seperti Kuala Lumpur memang patut mai Cinta Sayang Resort, Sg Petani untuk tenangkan fikiran dan lapangkan minda uols. Sepanjang perjalanan ke Cinta Sayang Resort, Sg Petani pun dah boleh memberi ketenangan tau.. dengan suasana pemandangan sawah pagi dan jika uols datang awal pagi boleh lah nampak mentari sinar pagi.. cewahh ayat mudahnya dapatlah tengok matahari terbit.. sangat  cantik ciptaan Allah S.W.T subhanAllah.. sangat indah.. Moga ia dikekalkan hingga lah ke anak cucu cicit kita kan.. sebab kebanyakkan nya dah buat bangunan..hilang dah pemandangan cantik sawah padi..

maaf tgn lupa bedung dlu tu dok ketaq ketaq ni hihih.. joke only

Kami bertolak jam 3 petang  sempatlah singgah makan petang dan solat dia rnr Sg Perak. seperti biasakalu singgah RNR Sg.Perak tak sah kalu tak beli buah-buahan tau.. tak ada musim buah pun diorg tetap ada bekalan buah-buahan tau.. pada yang mengidam buah-buahan itu leh lah datang RNR Sg.Perak..hihihih.. Kami sampai Cinta Sayang Resort, Sg Petani agak lewat lebih kurang jam 8-9 mlm cam tu.. setiba kami disana kami disambut dengan makan malam yang telah diorang sediakan mengikut pakej yang telah ditempah. 

Lepas kepenatan baru sampai, kami diberikan bilik masing-masing. Di Cinta Sayang Resort, Sg Petani terdapat pelbagai jenis pilihan penginapan yang disediakan. Ada apartment, chalet, dan bilik hotel. Time kami pergi musim cuti sekolah dan wedding, jadinya kami tidak dapat semua sama bilik. ada yang dapat apartment ada yang dapat bilik hotel. Cinta Sayang Resort, Sg Petani memang menjadi ‘hot place’ untuk musim cuti sekolah. yelah pakat-pakat nak kawin. Diorang juga sediakan perkhidmatan wedding tau.. sangat selesa dari segi dewan nya. Ok mrsyanie sertakan sekali pamphlet  perkhidmatan yang Cinta Sayang Resort, Sg Petani sediakan ok..hihih


Cinta Sayang Resort, Sg Petani bukan sahaja perkhidmatan wedding yang ada pakej.. mai kita kasi share perkhidmatan Cinta Sayang Resort, Sg Petani untuk Kursus atau seminar bagi organisasi atau mana-mana group yang nak buat reunion ke annual dinner atau sebagainya. siap kasi free tau.. pe yang free?? ha korang kne call lah Cinta Sayang Resort, Sg Petani untuk dapatkan maklumat terperinci perkhidmatan dan bayaran yang ditawarkan. No tel?? cepat catat hihi 04-4414666…Cinta Sayang Resort, Sg Petani, Kedah.. 

Kami disini 3 hari 2 malam. partnment dia sangat best dan sesuai untuk big family nak bercuti tau.. jom layan gambar mrsyanie disana..hihi Nama apartnment kami adalah SKY RESIDENCES.. mempunyai 2 type.. ada yang 2 bilik dan ada yang 3 bilik. 


hihhi nampak jew buggi ni teringat warna bumble bee… hihih



dan my team sepanjang aktiviti kursus.. pergg tengoklah jejaka jejaka hebat… dan wanita wanita super. hihih memang terbaik dan semangat berpasukan yang penting!!!


 Lokasi nya sangat menarik dan aktivii yang dianjurkan oleh pihak Cinta Sayang Resort, Sg Petani best dan enjoy.. Kami merasanya semua muda mudi tau..hihih semangat pasukan yang diterapkan dan aktiviti yang dapat meningkatkan kerja dalam berpasukan.. objektif tercapai hihihi 🙂 


You may also like

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *