Assalammualaikum w.b.t


Pisang Goreng vs Goreng Pisang |  Korang pernah tak terpikir apa beza bila orang sebut pisang goreng dengan goreng pisang? 

Pisang Goreng vs Goreng Pisang

Tadi Mrsyanie singgah gerai untuk beli pisang goreng untuk makan petang. Dan bila terpikir ada yang sebut pisang goreng dan yang yang sebut goreng pisang. Yang mana sebenarnya menunjukkan kepada perbuatan atau sesuatu nama makanan. Mula lah misi pencarian dalam internet ini untuk dapatkan kepastian.


sumber gambar: google.com
Goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.

sumber gambar: google.com
Manakala, Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/
Jadi sekarang dah tahu apa itu pisang goreng dan goreng pisang. Lepas ini boleh sebut dengan betul untuk beli pisang goreng. Pisang goreng ini ada sesetengah tempat akan makan cam tu terus dan ada sesetengah akan makan dengan susu manis atau boleh jua dicicah dengan sambal kicap. Tapi yang paling Mrsyanie suka pisang goreng dimakan dengan cicah sambal cili (samabl merah) memang sedap. 



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


You may also like

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *