Assalammualaikum w.b.t
Nasi Lemak Home Made | Siapa yang pandai masak nasi lemak? Pertama kali Mrsyanie belajar masak nasi lemak. Ingatkan mudah tetapi perlu belajar dengan betul. Bukan semua orang pandai masak nasi lemak kan, kalau bab makan memang semua pandai termasuk lah Mrsyanie. Tapi bila nak masak nasi lemak memang gagal.
Sumber gambar: google.com |
Pertama kali Mrsyanie nak buat Nasi Lemak. Semangat beli bahan lengkap, dok tengok resepi aik cam mudah jew. Oklah lah pagi sabtu hari tu pun layan masak nasi lemak pepagi. Semangat nak kasi Mrlaling cuba nasi lemak masakkan isteri. Buat lah lebih sket mana tahu jadi leh hantar kat MakAbah rasa.
Perg bau nasi lemak memang sedap, dengan bau aroma daun pandan yang wangi. Menaikkan nafsu makan jew, tak sabar kot tunggu nasi lemak masak. Sebelum nasi masak, siapkan lah rencah yang lain. Special sket sambal tak buat sambal ikini bilis, siap masak sambat kerang tau. Buat jugak ikan bilis tapi cuma buat goreng rangup sahaja. Siap semua rencah sambal kerang, timun, ikan bilis goreng dan telur goreng. Dah siap hidang tengok lah nasi lemak yang dimasak, ermm bau ada cam sedap sekali rasa huhuh sedih jew rupanya kurang masak (mentah sedikit). Panik pun pasal, tak tahu nak buat apa kan. Nak bagi makan jugak nasi mentah tu kang sakit perut. Mrsyanie salin ke mangkuk, pi masak nasi semula. Ha kecewa tau nasi lemak tak masak. Kali kedua masak lebihkan sket santan. Alhamdulillah masak tapi lembik lah plak. Apa nak buat bukan nak telepon Mak ke untuk tanya apa nak buat kalu mentah.
Korang kalu masak nasi mentah, cara lain bagi masak adalah kukus kan nasi yang mentah tu. Mrsyanie tak tahu, itu lah orang kata sombong tak mau telefon tanya. Dah panik punya pasal. Ini punya kawan Mrsyanie yang bagi tahu, jika nasi yang dimasak mentah boleh dikukus bagi masak.
Tak apa usaha itu penting, lepas ini kena blaja kasi pandai dulu baru leh masak Nasi Lemak. Siapa yang mahir masak nasi lemak itu memang korang terbaik lah! Bukan mudah untuk masak nasi lemak jika tidak kena cara dan resepi yang betul.
Antara blog resepi nasi lemak yang mudah untuk korang cuba:
2) http://providenetwork.com/resepi-nasi-lemak-mudah-disediakan-sedap-hingga-licin-sepinggan/
***Siapa ada resepi nasi lemak yang mudah diikut boleh lah sharekan bersama. Mrsyanie akan cuba buat sekali lagi..yeahhh!!! 🙂
Till Next Entry ye!!!
akak suka makan nasi lemak sambal melimpah.. ^_^ huhuhu
betul, nak dapat nasi lemak yang 'perfect 10' bukan senang. akak masak selalu rasa terkurang itu ini, tp nasib baik anak anak pulun ja makan hehe
yoorin sampai skrg fail masak nasi lemak..selalu terlembik..hahaha
The guys I know who are the best with the ladies aren't the most physically attractive of my friends. How is this possible? Surely if a guy is amazingly good looking then he will have no trouble with the ladies right? Well get ready for a shock, as I am about to tell you something that may rock the very core of your being. Woman don't care how you look. Fact.
Make Women Want You
Nani pun tak pernah try masak nasi lemak.
kena banyak try and error masak nasi lemak ni..pasrah je kalau terkeras, terlembik, tapi bila terbau je aroma nasi lemak tu, terus rasa kesalahan itu diampunkan..hehehehe
husband akak terer masak nasi lemak.. number one! akak mmg tak pandai, serius!
belajar dari kesilapan….pasti membuah hasil
insyallah…belajar sama2