Hong Kong Trip | Part 4 | Last Day

Assalammualaikum w.b.t


Hong Kong Trip | Part 4 | Last Day | Setelah 4 hari kami berada di Hong Kong dan sehari di Macau,akhirnya tiba waktu kami pulang. Ada pelbagai perasaan rasanya, rasa happy nak balik (rindu ensuami tau hihih) dan sedih sebab nak meninggalkan Hong Kong Macau


Maknanya tamat sudah episod Mrsyanie Jelajah HK Macau 2015. Agaknya bila lagi Mrsyanie kana jejak kaki di tanah HK kan. Rasa tak puas sebab ada banyak lagi tempat yang Mrsyanie tak dapat pergi. Sebelum kami pulang kami singgah makan dahulu di Sedique Hala Mess masakan Pakistan dan Malaysia. Tapi tak tahu lah menu apa yang masakan Malaysianya kan hihih.. Restaurant ini lebih kepada masakan Pakistan. 

Sedique Hala Mess terletak di bangunan Chungking Mansions sama blok dengan Hotel Delta tetapi beza tingkat sahaja. Lepas chek out kami singgah terus ke restaurant Sedique Hala Mess ini untuk santapan tengahari. 




Agak bersih jugak restaurant ini tetapi keluasan agak kecil sedikit. Sewaktu kami sampai belum ada orang lain lagi yang singgah. Kami orang pertama menjadi pelanggan Sedique Hala Mess. Seperti biasa kalau order makanan di HK, kami order 1 set hidangan sahaja kerana kuantiti yang disediakan sangatlah banyak. Kalau tak caya tengok sahaja gambar dibawah. Hamik seekor terus dia kasi. kami berdua makan hanya separuh jew,separuh lain tak mampu dah. Terkejut jugak lah diorang hantara makanan. Roti nan dan Ayam Tandoori menjadi pilihan kami, tapi ayam nya agak berbeza dari Malaysia. Kami bayangkan Ayam Tandoori yang ada warna merah sket tapi yang ini Ayam Tandoori Berempah yang dihidangkan diatas hotplate.



Dah sattel makan kami perlu segera ke airport supaya tidak ketinggalan kapal terbang. Sebenarnya kawasan yang kami tinggal sangat mudah untuk dapatkan pengangkutan awam seperti MTR, Bas dan Teksi. Keluar je dari bangunan Chungking Mansions  lintas jalan dan ke kiri, akan nampak bus stop. Jangan risau ada singboard nombor bas dan halatuju bas di bus stop. Dari TST ke airport perlu naik Bus City Bus A21. Tambang dari TST ke airport HKD 33.00.




Melihat sekitar HK dari dalam bas, rasa rindu plak kat HK. Ada yang nak sponsor tak gi HK lagi hihih… oklah sambung balik ye..Setiba di airport kami perlu check in luggage tapi agak awal juga kami sampai. Kaunter AirAsia pun belum buka lagi tau. Flight kami bernombor AK137 AirAsia. Yang agak pelik dan menyusahkan bila kami kena check in luggage di Terminal 2 tapi kami perlu naik Flight dari Terminal 1. Aihh tak ke menyusahkan kehulu hilir. Nasib baik sampai awalkan. Jadi tak ada lah kelang kabut. Lepas check in luggage kami perlu pulangkan semula kad Octopus sebab ada deposit kan.hihi..Tapi bukan lah dapat kesemua deposit ada cas yang dikenakan.


Sempat lagi bergambar dengan pramugari Airasia. sangat manis dan baik orangnya, sentiasa senyum dan tak nampak sombong (ada segelintir tu cam sombong jew huhuhu). Pemandangan petang atas awan sangat cantik, subbahanAllah. indah sangat dengan ciptaan Allah S.W.T. syukur …Dapat melihat pemandangan matahari terbenam diatas langit yang penuh dengan awan yang sangat cantik. Beruntung sangat dapat melihat keindahan yang dicipta oleh Allah S.W.T.





Menu dinner kami diatas flight Roast Chicken dengan krim sos yang sangat sedap. Mrsyanie order siap-siap time beli tiket kerana waktu flight balik yang lewat. Kalau nak beli time atas flight pun boleh jugak tapi bergantung pada stok yang disediakan oleh pihak Airasia. Kalau memang niat nak makan atas flight better beli awal.hihi..

Ringkasan:

Sedique Hala Mess: Roti Naan + Ayam tandoori : HKD 168
Bus City : Bus A21 : TST – Airport: HKD 33.00.



Selesai sudah entry Trip Hong Kong Macau 2015, diharap pembaca dapatlah serba sedikit gambaran travel di Hong Kong dan Macau secara backpacker. Jika ikut travel pun moga menjadi panduan ke mana arah tuju holiday korang ye. yeahh!!! Tak sabar up entry trip ke Krabi plak. 🙂



Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang


See also  Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 3 | Jungle Trekking | Canopy Walk

3 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Hong Kong Trip | Part 3 | Ladies Market - YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*