Hong Kong Trip | Part 3 | Dim Sum Halal | Islamic Centre Canteen

Hong Kong Trip | Part 3 | Dim Sum Halal | Hari yang ke 4 di Hong Kong selepas 1 malam di Macau. Selepas sampai di Terminal Ferry China, kami berjalan menuju ke MTR untuk meneruskan jelajah kami semula di Hong Kong (HK). Misi kami sampai je ke Hong Kong selepas berjimba di Macau adalah mencari Dim Sum yang Halal di Hong kong.

Hong Kong Trip

Hong Kong Trip

Kami naik MTR dari TSIM SHA TSUI (TST) ke WANCHAI (WC) untuk menuju ke Makanan Halal Dim Sum. Kalau korang datang ke Hong Kong antara makanan wajib adalah Dim Sum. Tetapi mana nak cari yang halal??? Yeahh ni konpom halal kerana ianya diusahakan oleh Cina Muslim di HK dan perniagaannya beroperasi di Kantin Masjid di HK. 

Hong Kong Trip

Islamic Centre Canteen

Setibanya kami di WC antara yang menariknya adalah  keretapi (macam bas) double darker waahhh..Sangat menarik, ikutkan memang nak naik tapi kami bergegas untuk ke  Islamic Centre Canteen.   Kalu korang naik MTR sampai di station WC, keluar terus ke kiri. Agak susah sedikit untuk tahu lokasi Masjid kerana tiada signboard. Agak jauh jugak korang jalan dari MTR WC ke Masjid. Tapi tak pe demi Dim Sum yang sedappp.. Kena jugak laluinya hihih.. korang jalan terus hingga jumpa McD dan terus lagi. Landmark nya adalah bangunan dibawah ini..

Hong Kong Trip

Ada lorong di depan Kedai Istanbul (kedai halal)

Hong Kong Trip

Masjid Ammar & O. R. Sadick Islamic Centre

Hong Kong Trip

Pastikan korang datang mengikut waktu ye.. Kalau lewat tak dapat lah korang rasa, Waktu operasinya adalah:

See also  Ketenangan Yang Dicari

Isnin- Jumaat & Ahad: 10 am-1pm & 2pm-6pm

Sabtu: 10am-2pm sahaja.

Hong Kong Trip Ringkasan Perjalanan

Harga tiket MTR:: TST ke WC : HKD 9.00
Harga tiket MTR:: WC ke TST : HKD 8.10

Harga Dim Sum:: HKD 188 

(termasuk nasi putih tambahan nak makan dalam hotel hihih)

Perut dah kenyang moh kita balik cek in hotel di kawasan TST jugak, satu bangunan dengan Hotel Canada (1st day sampai ingat lagi tak??) Di bangunan Chungking Mansions.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

9 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Hong Kong Trip | Part 3 | Ladies Market - YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*