Damansara Street Fest Edisi Raya

Assalammualaikum w.b.t
Sabtu dan Ahad yang lepas mrsyanie join satu bazaar yang memang femes lah u.. Damansara Street Fest bazaar.. diorang anjurkan bazaar bazaar untuk peniaga online, peniaga kecil kecilan, peniaga yang kukuh atau semua peniaga lah untuk memasarkan produk peniaga terus kepada pelanggan.. Sekarang ni femes dah bazaar bazaar tambahan plak sekarang ni kebanyakkan semua bazaar mesti ada artis yang datang dan ada yang menjadi vendor skali.. tapak tak ada lah mahal sangat dan berpatutan tau.. Lokasi jangan kata lah..memang best dan lokasi terbaik lah.. diorang akan buat bazaar hanya di kawasan Damansara dan sewaktu dengan nya..
Minggu yang lepas diorang buat di Encorp Strand Mall Kota Damansara.. Mall itu agak baru jugak sebab tak banyak shop yang buka tapi pengunjung nya perggg diluar jangkaan.. ramai ramai ramai tau.. artis pun datang beri sokongan dan shopping sekali kat bazaar tau.. Antara artis yang menjadi salah satu vendor adalah abg jebat tau.. ehh tak kenal ke??sapa?? femes ni wei.. abg jebat a.k.a Sharnaazahmad ler.. Adik beradik Siti Nuhaliza pun ada tau  iaitu Saidah dan Siarah.. diorang ni jangan ckp lah memang peramah dan sempoi sangat… semua lah sempoi… Ameer foourteen pun ado.. jual baju melayu yang smart gler tu…best lah..
Antara artis yang datang bagi sokongan dan shopping skali Aliy Iskandar, Wak Doyok, Tini Hotfm, Syuhaida a.k.a pelakon dottie, dan ramai lagi… Antara yang paling gempak time datang adalah Dato Siti Nuhaliza.. memang cantik weii.. dan lembut sangat.. terbaik lah penyanyi no 1 datang ke Damansara Street Fest Kota Damansara tau!!!
Mrsyanie seperti biasalah jual tudung instant, shalw, wide shawl, square scarf dan aksesori.. mrlaling plak dengan seliper a.k.a flipflops nya.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. dan kami juga disediakan makan berbuka oleh pihak organizer Damansara Street Fest.. Tq so much.. perkhidmatan yang terbaik dan sangat best lah diorang ni.. ramah dan enjoy je ngan diorang.. Insya-Allah lepas raya akan join lebih banyak bazaar event bersama Damansara Street Fest.. doakan ye perniagaan mrsyanie dibawah nama Dreams Fairy Boutique akan terus maju dan berjaya dalam setiap bidang yang kami ceburi ye.. Terima kasih semua…  ok jom layan gambar mrsyanie bersama-sama vendor dan artis…wow..retis wei..hihih

more picture :
Instagram: yanieyusuf

bestkan tengok retis datang..sambil shopping sambil beretis ler..hihih… Insya-Allah pada yang nak usha usha dan dan shopping shopping dengan mrsyanie boleh datang ke Vendeur Festival pada 12 dan 13 julai ye di Metrade, jalan Duta. Jumpa anda disana ye!!!!

See also  Wordless: Tips Travel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*