Assalammualaikum w.b.t
Selamat Hari Lahir Blogger Ben Ashaari | Hari ni merupakan hari jadi blogger Ben Ashaari, founder bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Umur yang ke berapa? Hihi Katanya menjejakkan kaki ke angka 4+..hihi Tapi maintain sado tau. oppss.. Selamat hari jadi Abang Ben, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang sihat dan dilindungi oleh Allah SWT. aamin. Mrsyanie sebenarnya macam tak percaya dapat berkenalan dengan blogger hebat ini. Tak ada siapa yang kenal Mrsyanie sebelum masuk Kelab Blogger Ben Ashaari.

Selamat Hari Jadi Blogger Ben Ashaari ke 40
Mrsyanie kenal Abang Ben melalui laman sosial facebook. Tak pernah sangka yang dia merupakan blogger hebat dan blogger sepenuh masa. Mrsyanie apa lagi mencarilah siapa sebenarnya Ben Ashaari ini, wah siap ada Kelab Komuniti lagi. Mrsyanie mula beranikan diri mesej Abang ben sewaktu dia membuka peluang kepada sesiapa yang ingin ke Farm In The City, Sri Kembangan. Apa lagi cepat-cepat mesej personal melalui facebook bertanyakan tentang tiket ke Farm In The City tu.
Waktu tu pada tarikh 6 Febuari 2015 jam 8.43 pagi, fuh menanti penuh debaran jawapan dari Abang Ben.hihi Tunggu sampai ke malam alah tak ada balas pun, ermm mungkin tiket habis dah kot. Tapi keesokkan harinya jam 9.33 pagi Mrsyanie dikejutkan dengan mesej dari Abang Ben tau. Memberitahu bagaimana nak dapatkan tiket masuk dan tast perlu dijalankan. Yeah riang ria hatinya, bukan apa blogger hebat balas mesej tak berapa nak blogger ini hihi.. Bila dah mesej baru tahu yang Ben Ashaari ini tak lah sombong dan garang, kalau tengok gambar nampak garang tau hihi..

Yanie Dalam Komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari
Kini setahun lebih Mrsyanie berada dalam komuniti KBBA9 dan Mrsyanie banyak belajar dari sini. Kalau nak tahu Mrsyanie mula berblog pada tahun 2010 tapi tiada siapa yang mengenali malah Mrsyanie sendiri tak mengenali dunia blogger. Kehadiran Mrsyanie wujud dan mula dikenali dengan berada dalam KBBA9 ini yang diterima masuk oleh Ben Ashaari. Alhamdulillah, Mrsyanie berharap dapat terus berada dalam komuniti dan akan berjaya menjadi seorang blogger yang bermanfaat dalam menyampaikan maklumat serta panduan kepada pembaca.
Abang Ben, Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat serta mendapat rezeki yang berlipat ganda. Sentiasa mendoakan semoga Abang Ben sekeluarga dilindungi dan terpelihara oleh Allah SWT. aamin. Selamat Hrai Jadi Ben Ashaari yang ke 4+. hihihi…
Leave a Reply