Assalammualaikum w.b.t
Mat Periuk Ipoh Perak | Sebut sahaja cafe Mat Periuk Ipoh mesti ramai yang dah kenal kan? Antara cafe ala hipster yang terkenal di Ipoh dan beberapa orang artis pun pernah singgah cafe Mat Periuk. Mrsyanie dengar je cafe menarik memang tak lepaskan peluang untuk mencuba, menyeramkan kalau Mrsyanie tak terjah cafe menarik di Ipoh. Kata ‘food hunter’ kan, hunter lah sangat. Badan dah makin naik ni, alamak…
Mat Periuk Ipoh Perak
Lokasi Mat Periuk agak ke dalam kawasan perumahan tetapi ianya bukan penghalang untuk cafe Mat Periuk beroperasi. Malah ianya menjadi rebutan pelanggan untuk menikmati keenakkan makanan disini. Terutamanya makanan berasaskan masakan barat. Deko cafe pun menarik tau, penuh dengan kesenian.
Konsep disini bertambah menarik apabila ianya turut disertakan dengan persembahan ‘live band’. Konsepnya lebih kurang sama dengan Cafe Sarang Art Hub tapi masih mempunyai ciri-ciri tersendiri terutama dari segi menu makanan. Disini lebih terkenal dengan masakan baratnya, Mrsyanie order Sizzling Chicken cop dan kakak Mrsyanie pula order Fish & chips.
Boleh pula order Mrsyanie diorang terlupa, sabar juga menanti. Ok mula tanya jugak pelayan cafe, bila nak sampai order Mrsyanie. Tunggu tapi tak sampai jugak, sehinggalah terpaksa Mrlaling terus ke kaunter untuk tanyakan order. Lupa rupanya, tak pelah Mrsyanie suruh bungkus je. Tapi diorang dah mohon maaf atas kesulitan. Nasib baik masakan cafe Mat Periuk sedap hihi..
Fish & chips |
Bakso Bihun Celup RM6.90 |
Bakso Bihun Celup |
Tapi bagi hero-hero kami pula mana nak makan sangat makanan barat, jadi diorang order masakan berkuah. Menu yang memikat hati Mrsyanie adalah bila ditawarkan masakan Indonesia iaitu Bakso King. Terdapat 6 jenis Bakso iaitu bakso Kuetiau celup, bakso maggi celup, bakso maggi goreng, bakso goreng wanton, bakso goreng rangup dan bakso bihun celup.
Kuey Teow Ladna ala Thai |
Cheesy Potato Fries |
Mat Periuk antara cafe yang menarik untuk dikunjungi. Disini bukan sahaja menu barat tetapi terdapat juga menu berasakan nasi. tapi kebetulan sewaktu kami sampai nasi habis. Tengok betapa ramai yang datang cafe Mat Periuk. Nasib lah kami sampai ada tempat duduk, kalau boleh korang booking siap-siap ye.
Untuk maklumat lanjut:
Cafe Mat Periuk
Alamat: Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10,
Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Perak.
No Tel: +60 17-572 5579
Facebook: Cafe Mat Periuk
Till Next Entry ye!!!
Cantik deko..mknn pn berpatutan harga
kalau ke Ipoh bolehlah singgah. Menarik je tengok makanan kat situ.
Lama dah x turun Ipoh