Water Park LEGOLAND® Malaysia | Part 2

Assalammualaikum w.b.t


Water Park LEGOLAND® Malaysia | Part 2 | Sangat teruja dalam bermain air di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia, yelah dapat bersuka ria bersama rakan blogger yang lain. Mrsyanie kira bujang kejap lah time tu, bersama dengan geng anak dara memang enjoy lah. Terasa muda lak sebaya diorang kan hihi.

Water Park LEGOLAND® Malaysia

Rasa sangat tak puas tau bermandi manda, yelah masa yang ada lebih kurang 3 jam sahaja sebab pergi kerja kan. Ni kira sambil-sambil lah ni hihi.Kalau korang datang ke Water Park LEGOLAND® Malaysia pastikan korang stay di hotel sini sebabnya memang tak cukup masa kalau setakat 3 jam sahaja. Kira-kira di Water Park LEGOLAND® Malaysia sahaja patutnya seharian, tak habis pusing Mrsyanie. Memang wajib datang semula untuk merasai sepenuhnya game air yang terdapat di Water Park LEGOLAND® Malaysia.

Sewaktu kami sampai di Water Park LEGOLAND® Malaysia, hari dah mula hujan jadinya pihak Water Park LEGOLAND® Malaysia tidak membenarkan bermain kerana untuk keselamatan para pengunjung daripada kilat. Kami setia menanti bila boleh berendam ni, tak lama lepas tu kami dibenarkan bermain air. Yang bagus diorang mempunyai system kilat dimana jika terdapat kesan bermula kilat, mereka tidak membenarkan para pengunjung bermain. Utamakan keselamatan ok!!


Sementara menunggu sempat kami bergambar dan berjalan sekitar untuk melihat game apa yang menarik nak terjah lepas ni hihi.. Semuanya berasaskan batu bata LEGO. Disini terdapat juga game dewasa dan kanak-kanak. Jadi ibubapa tidak perlu bimbang anak-anak ada kolam khas yang diorang boleh bermain yang diberi nama DUPLO® Splash Safari. Ianya khas untuk anak-anak yang berumur 5 tahun kebawah dan ketinggian tidak melebihi 107cm kecuali penjaga.


Hujan dah berhenti dan dipastikan selamat, kami dibenarkan untuk mula bermandi manda. Disini setiap sudut ada lifeguard yang akan menjaga keselamatan pengunjung ketika bersuka ria. Rasa selamat kami bersuka ria. cewahh.. Mula port kami terjah adalah Build-A-Raft. Ia merupakan aliran yang berbentuk sungai dengan dipenuhi batu bata LEGO untuk dibina rakit LEGO yang sangat unik dan mengikut reativiti. Tengok lah kami, memang seronok sangat. Tak macam bini orang dah ni, rasa muda belia balik hihi.


Di  Water Park LEGOLAND® Malaysia, jaket keselamatan disediakan secara percuma. Korang boleh pakai kemana sahaja sekitar water park tau. Ada pelbagai saiz lagi tapi Mrsyanie tak pakai sebab nak guna pelampung jernih. Ini pun disediakan khas di Build-A-Raft secara percuma. Tak perlu sewa pelampung dah.



Dah pusing sepanjang sungai Build-A-Raft, kami ke Joker Soaker pula. Ianya terletak sebelah dengan kawasan masuk Build-A-Raft. Disini menjadi tumpuan kerana keunikkannya terdapat beberapa slaid/gelonsor dan yang menjadi tumpuan adalah baldi besar yang mempunyai 300gelen air akan tumpahan ke seluruh Joker Soaker. Sangat best!!


Dah puas layan kat sini kami terjah plak LEGO® Wave Pool. Disini agak rilex sket dengan ombak yang sempoi je hihi Tak lama kami kat sini layan bergambar je lebih tapi memang rilex dan enjoy. 


Sesuai untuk semua peringkat usia dalam keluarga. Rakan blogger lain sambung main slaid plak, Mrsyanie sebabkan nak satelkan bas balik pula. Lagipun Mrsyanie pakai seluar tracksuit jadi tak proper untuk bermain slaid. Korang datang sini kalau nak main slaid pastikan pakai pakaian mandi yang proper tau. Korang juga boleh pakai muslimah swim suit atau baju jersi dan seluar yang tight. 

Mesti ada yang tertanya kemudahan yang disediakan disini kan. Nantikan entry seterusnya tau 🙂


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan:

LEGOLAND Malaysia


Alamat: 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 
            Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250 Nusajaya

Telefon:  +607 597 8888 

Email: info@legoland.my


Website: www.legoland.my 



Boleh jugak klik entry dibawah:

See also  Pengambilan Diploma in Mobile Technology

Till Next Entry ye!!!


Salam Sayang

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*