Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 1

Assalammualaikum w.b.t

Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 1 |  Alhamdulillah selamat Mrsyanie bersama Kelab Blogger Ben Ashaari meninggalkan jejak di Taman Negara Pahang selama 4 hari 3 malam. Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari  yang pertama buat 2016 adalah ke Taman Negara Pahang, Malaysia bersama dengan ‪‎HAN Rainforest Resort‬‪ ‎selaku penaja utama. 

Taman Negara Pahang, Malaysia | Part 1

Terut serta dalam penajaan bersama adalah Camelus‬‪, ‎Cosmoderm‬‪, ‎Yeos Malaysia, Pran Juice, Heroes Mens Wash By Nanafa Beauty‬ dan Matic. Terima kasih juga buat Kak Ana dan Kelab Blogger Ben Ashaari kerana telah menjayakan Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara Pahang. Seronok sangat dapat menjadi salah seorang peserta dalam menjejakkan kaki ke Taman Negara Pahang. 


Kembara KBBA9 ke Taman Negara bermula pada 19 Februari sehingga 22 Februari 2016. Kali ini semua pergi secara single, fuh rindu kot dengan Mrlaling. Tak apa orang kata sekali sekala berjauhan akan wujudkan rasa rindu yang mendalam. cewahh.. 

Kembara KBBA9 bermula jam 8 malam dengan menaiki bas yang disediakan oleh HAN Rainforest dari Matic Kuala Lumpur sehingga HAN Rainforest Resort. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, siap berhenti rehat seketika. Sampai sahaja, kami terus check in dan kembara aktiviti kami bermula jam 7 pagi keesokkan harinya. Kembara kami seramai 35 orang blogger termasuk blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan beberapa blogger luar. Nantikan kembara kami di Taman Negara, Kuala Tahan Pahang. Yeahh!!!



Terima kasih juga para penaja 

HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum. 

Camelus : Produk berasas susu unta. 

Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri. 

YeosMalaysia : Penaja Minuman Berperisa. 

MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa. 

HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki




See also  Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Buah-buahan Tempatan

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*