Corus Paradise Port Dickson

Assalammualaikum w.b.t


Corus Paradise Port Dickson |  Tiga hari Mrsyanie berkampung di Corus Paradise Port Dickson. Sebelum ini Mrsyanie selalu gak bercuti di Port Dickson tetapi tak pernah nak menginap di Corus Paradise Port Dickson. Akhirnya dapat jugak terus berkampung disana.

Sumber gambar: https://www.facebook.com/CorusParadiseResortPD/


Corus Paradise Resort Port Dickson


Kali ini Mrsyanie buka pergi bercuti tetapi berbengkel. Sepanjang Mrsyanie di Corus Paradise Port Dickson jumpa 2 kumpulan yang berbengkel juga di Corus Paradise Port Dickson. Lokasinya sangat menarik tambahan kami bertuah dapat pemandangan laut. Sangat cantik dan tiap hari Mrsyanie dapat melihat matahari terbit dan terbenam. Bukan sahaja sesuai untuk berkursus malah bulan madu pun best sebab pemandanganntya. Malah Corus Paradise Port Dickson sangat sesuai untuk percutian keluarga. 



Jom tengok pemandangan dari bilik, Mrsyanie dapat bilik di tingkat 5. Disini ada 10 tingkat keseluruhannya.  Tapi agak pelik sedikit kaunter lobi nya agak tersorok. Jika siapa yang tak tanya mesti agak binggung jugak nak mencari kaunter receptionist nya. Cakap mengenai receptionist, maaf lah kata orang kaunternya ada sesetengah tidak mesra dan kalau berurusan tu rasa nak lepuk jew. (oppss) hihi.. Nasib baik pemandangan cantik, segala kemudahan dan biliknya tiada masalah.



Memang cantik dan lokasi yang sesuai untuk percutian dalam mencari ketenangan lari dari kesibukan kerja tau. Untuk percutian keluarga juga sesuai sebab kalau kanak-kanak mesti mencari kolam renang kan. Siap ada gelongsor kat kolam renang tau, tetapi ingat pakai baju yang bersesuaian. Kalau nak layan mandi manda pantai pun tak jauh, korang jalan kaki ke kiri je. Ada banana boat dan jet ski. Mrsyanie tak berkesempatan untuk layan mandi manda pantai, kolam pun tak berkesempatan. Nanti datang lagi Port Dickson ye.

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

See also  GROUPON WEBSITE SHOPPING MURAH

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*